Berita Auto

Honda CR-V Facelift Diperkenalkan – Kini Dalam Versi Hybrid

Honda CR-V versi facelift telah didedahkan secara rasmi di Amerika Syarikat. Bagi pasaran itu, varian 2.0 disingkirkan manakala varian Hybrid baharu diperkenalkan di samping varian 1.5 Turbo yang ditawarkan secara standard.

Honda CR-V facelift USA

Varian Hybrid tersebut menampilkan rangkaian kuasa Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dengan gabungan enjin petrol 2.0-liter empat silinder dan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 212 hp. Transmisi nisbah tunggal ditugaskan untuk menghantar kuasa ke roda.

2020-honda-cr-v-hybrid

Beralih ke reka bentuk, penampilan CR-V kini lebih menonjol dengan reka bentuk jeriji baharu dan kemasan krom pada bahagian bampar hadapan dan belakang. Di belakang, lampu dan trim krom digelapkan sekaligus memberikan imej yang lebih sporty.

2020-honda-cr-v-hybrid (1)

Selain itu, Honda turut memperkenalkan tiga warna baharu untuk CR-V facelift iaitu Sonic Grey Pearl dan Radiant Red Metallic bagi varian standard dan Hybrid, serta Aegean Blue Metallic eksklusif untuk varian bukan hibrid.

2020-honda-cr-v-hybrid (5)

Masuk ke bahagian dalam, reka bentuk konsol tengah diperkemaskan dan kini mempunyai lebih banyak ruang penyimpanan. Apa yang paling jelas adalah kehadiran butang pemilih gear bagi varian Hybrid serta tiga suis untuk mod Econ, Sport dan EV.

2020-honda-cr-v-hybrid (3)

Varian Hybrid turut mendapat instrumen panel tersendiri yang mempunyai status kuasa dan cas, serta paparan pengagihan dan penjanaan semula kuasa. Turut disertakan adalah pedal nyahpecut pada stereng. Dengan menekan pedal kiri, pemandu boleh meningkatkan jumlah brek janaan semula daripada sistem hibrid apabila kereta semakin perlahan.

2020-honda-cr-v-hybrid (2)

Selain itu, CR-V juga boleh didapati dengan pengecas wayarles Qi (versi Touring sahaja), skrin sentuh tujuh inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem navigasi satelit, Remote Engine Start, sistem pendingin hawa dua zon, brek parkir elektrik, port pengecas USB belakang, fungsi pelarasan kuasa empat cara pada kerusi penumpang hadapan dan pelarasan kuasa lapan cara pada kerusi pemandu serta fungsi pemanas tempat duduk.

2020-honda-cr-v-hybrid (4)

Dari segi keselamatan, semua varian kini didatangkan dengan teknologi Honda Sensing yang merangkumi:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS) dengan Forward Collision Warning (FCW) dan pengesanan pejalan kaki
  • Road Departure Mitigation (RDM) dengan Lane Departure Warning (LDW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keeping Assist (LKAS)
  • Blind Spot Information (BSI), Rear Cross Traffic Monitor (CTM) dan Auto High Beam

2020-honda-cr-v (1)

CR-V Hybrid mendapat ciri tambahan iaitu Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS) yang direka untuk meningkatkan kesedaran kepada pejalan kaki apabila kenderaan sedang bergerak dalam mod kuasa elektrik. Sistem ini menggunakan pembesar suara pada bampar hadapan yang akan mengeluarkan bunyi amaran.

Previous post

Yamaha YZF-R15 Tampil Dengan 3 Warna Baharu

Next post

Perodua Axia 2019 Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *