Cerita Auto

Perodua Axia 2019 Dilancarkan

Perodua Axia 2019 telah dilancarkan secara rasmi hari ini dengan enam varian ditawarkan iaitu E, G, GXtra, SE, AV dan yang terbaru Style.

Perodua Axia 2019

 

Axia AV_3_4 Front Right

Menurut Perodua, mereka telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Axia 2019 sejak tempahan dibuka sebulan lalu. Berikut adalah harga atas jalan sebelum insurans bagi setiap varian:

  • E – RM24,090
  • G – RM33,490
  • GXtra – RM34,990
  • Style – RM38,890
  • SE – RM38,890
  • AV – RM43,190

Setiap varian didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km.

 

Axia STYLE_3_4 Back Left

Tambahan baharu pada barisan model Axia adalah varian Style yang menampilkan reka bentuk seakan-akan crossover. Ditawarkan dalam warna eksklusif Sunset Orange, ia tampil dengan skid plate pada bampar hadapan dan belakang, pelekap (cladding) di sekeliling badan, lensa jernih pada lampu belakang, rel bumbung, spoiler belakang serta rim aloi lima jejari berukuran 15 inci.

Perodua AXIA_A.S.A. 2.0

Bagi varian tertinggi iaitu AV, ia kini dilengkapi dengan teknologi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 yang merangkumi ciri-ciri Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control untuk mengurangkan risiko pelanggaran.

Smart Link (AV Variant)

Selain itu, semua varian dari GXtra ke atas didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TC). Semua varian kecuali E juga dilengkapi dengan ABS dan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD). Isofix kini terdapat pada semua varian, manakala SE dan AV pula mendapat filem tingkap keselamatan dan solar.

IMG_0772

Seperti sebelum ini, Axia kekal dengan enjin 1.0-liter tiga silinder yang menjana 67 hp dan 91 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan (E sahaja) dan automatik empat kelajuan. Kecekapan bahan api adalah 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk automatik dan 20.8 km/l untuk varian Style.

Luggage Space

Perodua turut menawarkan pelbagai aksesori GearUp untuk Axia 2019. Antaranya adalah spoiler belakang (RM300), pelekat hitam tiang-B (RM80), pelindung tempat duduk (RM600), visor pintu (RM150), bracket anti kecurian 5-dalam-1 (RM175), penebat hud (RM72), Pakej Lite spoiler + skirt sisi (RM980), Pakej Utiliti (RM330) dan pelbagai lagi.

Axia AV_3_4 Back Left

Axia Style_3_4 Front Right (tilt)

IMG_0780

IMG_0785

IMG_0789

IMG_0793

Push Start Stop Button

Previous post

Honda CR-V Facelift Diperkenalkan - Kini Dalam Versi Hybrid

Next post

Pusat 3S Proton Baharu Dibuka di Kota Kinabalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *