Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R15 Tampil Dengan 3 Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan kehadiran pilihan warna baharu bagi Yamaha YZF-R15 iaitu Race Blu, Hitam dan Kuning. Selain daripada itu, spesifikasi motosikal ini adalah sama seperti sebelum ini.

Yamaha YZF-R15 2019

Dilancarkan buat pertama kali pada Julai 2018, R15 menampilkan enjin silinder tunggal bersesaran 155 cc yang dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin ini menjana 19 hp pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm pada 9,000 rpm.

Kuasa disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan yang dipadankan dengan teknologi klac Assist & Slipper.

19 Sept R15 4-horz

R15 mempunyai ukuran 1,990 mm panjang, 725 mm lebar dan 1,135 mm tinggi, dengan jarak roda (wheelbase) berukuran 1,325 mm. Tinggi tempat duduk adalah 830 mm, manakala kapasiti tangki bahan api adalah 11 liter. Berat motosikal ini adalah 137 kg.

Kerangka Deltabox dipadankan dengan fork teleskopik terbalik pada bahagian hadapan dan sistem gantungan link monoshock di belakang, dengan tayar berukuran 100/80-17 di hadapan dan 140/70-17 di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera pada kedua-dua bahagian.

19 Sept R15 5-horz

Harga R15 juga tidak berubah iaitu RM11,988 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans).

Previous post

Nissan Rogue Hybrid Bersara Tahun Depan

Next post

Honda CR-V Facelift Diperkenalkan - Kini Dalam Versi Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *