Penyelenggaraan

Tengok Enjin Buat Apa?

Ini adalah senario yang agak biasa di bilik pameran kereta baru (lihat gambar di bawah). Pembeli kereta akan berjalan masuk dan selepas beberapa minit meneliti luaran dan dalaman kereta baharu mereka mahu melihat apa yang ada di bawah bonet. Untuk seorang mekanik yang terlatih ini memang dijangka kerana mereka mungkin mahu
melihat komponen enjin yang mengagumkan mereka atau pun mereka mungkin melihat sesuatu yang berkurangan dalam ruang enjin tersebut.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Tetapi, untuk pembeli kereta secara umumnya apa yang mereka cari? Adakah mereka juga memahami komposisi bahagian bawah bonet? Adakah mereka juga mempunyai pengetahuan mekanikal yang untuk membuat  kesimpulan sama ada kereta itu benar-benar baik? Bolehkah mereka melihat kecacatan dalam enjin? Adakah mereka bersedia untuk memberitahu perbezaan di antara cecair brek dan power stereng (walaupun dengan label di atasnya, kebanyakan orang tidak tahu apa bezanya)?

kenapa tenguk enjin 2

Dan ini bukan khusus untuk mana-mana jantina. Kedua-dua lelaki dan perempuan akan melihat kepada sesuatu yang mereka mungkin tidak faham atau bahkan tidak tahu sama sekali apakah benda itu samada ianya betul atau salah?

Gambar-gambar di bawah ini menunjukan enjin yang anda boleh lihat isi komponennya dan zaman sekarang ini ia jarang berlaku kerana kebanyakkan kereta baharu hari ini mempunyai penutup enjin dimana hampir kesemua komponennya tidak kelihatan dan ini bermaksud menlihat di bawah hud itu agak melucukan dan membuang masa saja.

kenapa tenguk enjin 3 kenapa tenguk enjin 4 kenapa tenguk enjin 5

kenapa tenguk enjin 6Gambar di bawah ini pula menunjukkan enjin yang tertutop.

Kami juga turut heran. Mengapakah kebanyakan kereta baharu mempunyai penutup enjin plastik ini? Mengapa pengeluar kereta bersusah payah menghabiskan masa dan wang untuk membuatnya? Apa yang mereka sembunyikan di bawah penutup ini?

kenapa tenguk enjin 7 kenapa tenguk enjin 8 kenapa tenguk enjin 9

kenapa tenguk enjin 10 kenapa tenguk enjin 11 kenapa tenguk enjin 12

Tidak seperti enjin yang indah masa lampau, penutup enjin plastik ini kelihatan agak buruk dan menyebabkan ramai orang mempersoalkan fungsi sebenarnya. Setiap penutup enjin agak berbeza, tetapi ia memang mempunyai fungsi yang khusus.

Well, sesetengah pengeluar kereta telah memutuskan bahawa daripada membenarkan orang melihat huru-hara wayar, getah hos dan kepingan plastik, mereka mahu melindungi keburukan ini daripada pembeli mereka dan memberi gambaran bahawa enjin itu adalah tempat yang bersih dan bukannya tempat berminyak, panas dan kotor.

Jadi apakah yang akan berlaku jika anda membuka penutup itu?

Well, kami bertanya kepada pengurus bengkel-bengkel beberapa jenama yang mempunyai penutup besar di bawah hud kereta mereka dan jawapan mereka semua hampir sama. “Penutup membantu untuk mengekalkan suhu rendah dan membantu mengelakkan jari-jari nakal dari tersangkut dalam bahagian yang bergerak”.

Kami rasa ia hanya untuk memastikan enjin kelihatan kemas tersembunyi di bawah penutup yang cantik dan itu saja.

kenapa tenguk enjin 13

 

Previous post

Bilik Pameran Borgward Di Glenmarie Siap Untuk Perniagaan

Next post

Honda HR-V 1999 Sebuah Crossover Retro

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *