Berita Auto

Agong Terima Honda Civic Type R Sebagai Hadiah

Honda Malaysia telah menyerahkan sebuah Honda Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai hadiah bersempena dengan sambutan hari keputeraan baginda pada 9 September lalu.

Honda Civic Type R Agong

Majlis penyampaian yang diadakan di Istana Negara hari ini turut menyaksikan penyerahan sebuah Honda Civic 1.5 VTEC Turbo kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Menurut Honda Malaysia, kedua-dua kenderaan tersebut akan digunkaan sebagai kenderaan pengiring. Sebagai model Honda paling berkuasa di Malaysia, Civic Type R dilihat sesuai untuk dijadikan sebagai kenderaan pengiring kepada Yang di-Pertuan Agong.

Honda Civic Type R

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Di Honda, kami komited untuk menawarkan produk yang bernilai tinggi dan canggih dari segi teknologi bagi memberikan keriangan kepada pelanggan.”

“Civic Type R pernah dinobatkan sebagai kereta produksi ‘Pacuan Roda Hadapan Terpantas di Dunia’ di litar lumba lagenda Nurburgring di Jerman ketika ia diperkenalkan pada 2017. Model ini bukan sahaja sesuai untuk dipandu di litar tetapi juga di jalan raya sebagai kereta harian,” tambah beliau.

Previous post

Ford Mengumumkan Rangkaian Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Di Frankfurt

Next post

Audi RS7 Sportback Dengan 800Nm Tidak Akan Sampai Ke Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *