Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Y15ZR Doxou dan NVX Doxou Masuk Pasaran Malaysia

Karnival Yamaha Gen Blu yang diadakan hari ini bertempat di MAEPS, Serdang menyaksikan pelancaran dua model edisi terhad baru iaitu Y15ZR Doxou dan NVX Doxou.

BHP Banner drama lebuhraya persekutuan

Doxou berasal dari perkataan Jepun ‘Dokusou’ yang bermaksud “menjadi kreatif” dan “mendahului yang lain”.

Yamaha Doxou

Disasarkan pada individu bergaya dan mereka yang gemarkan fesyen, model-model Doxou ini menampilkan skema warna biru/tembaga yang unik yang belum pernah ditampilkan pada mana-mana model Yamaha yang lain.

Yamaha Doxou

Bukan itu sahaja, setiap pembelian Y15ZR Doxou and NVX Doxou didatangkan dengan set hadiah eksklusif yang merangkumi fon kepala, rantai kunci dan sijil pemilikan lengkap dengan perincian enjin dan casis.

Yamaha Doxou

Selain skema warna eksklusif, spesifikasi kedua-dua model tersebut dikekalkan. Y15ZR terus dikuasakan oleh enjin 150 cc, silinder tunggal, empat lejang SOHC dengan 11.3 kW pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm pada 7,000 rpm.

Yamaha Doxou

NVX pula kekal dengan enin 155 cc, silinder tunggal SOHC VVA yang menjana 11 kW pada 8,000 rpm dan 13.8 Nm pada 6,250 rpm.

Yamaha Doxou

Boleh didapati di wakil pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula pertengahan Ogos ini, Y15ZR Doxou dijual pada harga RM8,868 manakala harga NVX Doxou akan diumumkan kemudian.

Yamaha Doxou

Previous post

Subaru Levorg 2019 Dapat Kuasa Enjin Pernafasan Biasa (NA)

Next post

Kemunculan Proton Saga 2019 Bantuan Geely

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *