Promosi / Tawaran / Peraduan

SDAC-Ford Raikan Merdeka dan Hari Malaysia dengan Tawaran Istimewa Ranger

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan promosi jualannya bersempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia tidak lama lagi.

BHP Banner Honda Kompak

Bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019, pelanggan yang membeli Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan mendapat pakej penyelenggaraan kenderaan percuma selama dua tahun berserta PETRONAS Gift Card bernilai RM1,000.

Bukan itu sahaja, merekayang memilih Ranger WildTrak semasa tempoh promosi ini akan turut menerima rebat bernilai RM3,000.

Ford Ranger Wildtrak gohedgostan 01

“Kami sentiasa ingin mencari peluang menghargai para pelanggan kami. Tawaran terbaharu ini memberikan para pelanggan kami lebih kelegaan dengan penyelengaraan percuma dan ganjaran menarik bersempena sambutan yang akan datang,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Seperti varian-varian Ranger yang lain, Ranger WildTrak dan Ranger Raptor didatangkan dengan waranti penuh pengeluar selama tiga tahun atau sehingga 100,000km, mana-mana terdahulu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web SDAC.

Q3 Sales Promo

Previous post

Porsche Macan S Kini di Malaysia - RM625k

Next post

Tambah Nilai Kad Touch 'n Go Anda Sebelum Pulang Beraya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *