Berita Auto

Porsche Macan S Kini di Malaysia – RM625k

Selain perhimpunan Porsche besar-besaran, acara Sportscar Together Day anjuran Sime Darby Auto Performance (SDAP) di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini turut menyaksikan pelancaran Porsche Macan S baharu.

BHP Banner Honda Kompak

Berbeza dengan Macan yang dilancarkan pada bulan Jun lalu, Macan S dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter V6 yang menjana 354 hp dan 480 Nm. Untuk perbandingan, jumlah ini adalah 14 hp/20 Nm lebih tinggi berbanding Macan S versi terdahulu, dan 102 hp/110 Nm lebih tinggi berbanding Macan dengan enjin turbo 2.0 liter.

Porsche Macan S

Macan S didatangkan dengan tayar hadapan dan belakang dalam saiz berbeza serta ciri Porsche Traction Management (PTM) yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda. Turut disertakan adalah Porsche Active Stability Management (PASM) dan sistem gantungan udara dengan ketinggian boleh laras. Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) pula ditawarkan secara pilihan.

Porsche Macan S

Porsche turut mempertingkatkan sistem brek menerusi penggunaan cakera yang lebih besar (dari 350 mm kepada 360 mm) dan lebih tebal (dari 34 mm kepada 36 mm), sekaligus memberikan rasa pedal yang lebih responsif. Untuk tahap prestasi yang lebih tinggi, pelanggan juga mendapatkan Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB).

Porsche Macan S

Selain itu, Macan S turut mendapat pelbagai kelengkapan terkini seperti lampu utama LED yang boleh dinaik taraf kepada sistem Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus) dan lampu LED tiga dimensi pada bahagian belakang. Di dalam, sistem Porsche Communication Management (PCM) dengan skrin sentuh definisi tinggi berukuran 10.9 inci didatangkan standard.

Porsche Macan S

Salah satu kelengkapan pilihan yang boleh didapati bersama Macan S adalah stereng GT yang turut digunakan pada model 911. Stereng terbabit dilengkapi dengan suis mod pemanduan serta punat Sport Response yang merupakan sebahagian daripada pakej Sport Chrono. Turut ditawarkan adalah sistem ioniser.

Porsche Macan S

Macan S boleh ditempah mulai sekarang dengan harga bermula RM625,000 termasuk pakej Premium, jaminan selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan.

Porsche Macan S

Previous post

Hyundai i10 Serba Baharu Bakal Debut di Frankfurt Motor Show

Next post

SDAC-Ford Raikan Merdeka dan Hari Malaysia dengan Tawaran Istimewa Ranger

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *