Bisnes

Proton Umum Mereka Kekal Paling Banyak Cawangan 3S/4S Beroperasi Di Seluruh Malaysia

Dengan pembukaan Ultra Gallant Sdn Bhd di Seremban, PROTON merayakan kejayaan mereka menduduki tempat pertama sebagai jenama yang mempunyai cawangan 3S/4S terbanyak berbanding jenama automotif lain. Syarikat kini mempunyai 100 cawangan yang telah dipertingkat beroperasi di seluruh negara.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media Proton

customer lounge

Seremban, 18 Ogos 2019 – Ultra Gallant Sdn Bhd (Ultra Gallant) dengan jayanya telah membuka sebuah cawangan 3S PROTON baharu di Taman Perindustrian Oakland, Seremban. Cawangan baharu ini menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat-alat ganti untuk semua jenis kereta Proton. Anggaran sebanyak RM4 juta telah dilaburkan untuk membina cawangan baharu ini. Terletak di kawasan yang strategik, cawangan ini dikelilingi pelbagai pusat membeli-belah baharu dan berhampiran dengan perbandaran Seremban 2. Cawangan ini juga mempunyai keluasan lebih daripada 20,000 kaki yang meliputi 1.15 ekar, menjadikannya salah satu pusat 3S PROTON terbesar di negeri ini.

kids' corner

Pusat sehenti bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan

Cawangan 3S ini menyediakan pengalaman baharu dari segi jualan dan servis kepada para pelanggan. Bangunan baharu dengan warna Identiti Korporat PROTON memberikan suasana yang segar serta turut dilengkapi kemudahan lain seperti WiFi percuma dan ruang kanak-kanak yang akan menambah keselesaan kepada pelanggan.

outlet 2

Inisiatif yang diambil dalam pemulihan PROTON kini mendatangkan hasil kepada Syarikat, dari peningkatan rangkaian cawangan sehinggalah pelancaran produk-produk baharu. Bagi Khoo Kim Hong, Pengarah Urusan Ultra Gallant Sdn Bhd, beliau percaya bahawa, “Melabur dalam perniagaan PROTON adalah keputusan yang tepat. Melalui pelancaran produk-produk baharu serta pertambahan pusat sehenti untuk memenuhi keperluan pelanggan, inisiatif yang diambil oleh PROTON ini memberikan hasil yang memuaskan. Sebagai pengedar, kami dapati bahawa arah yang hendak dituju sangat jelas. Sebuah syarikat kereta memerlukan kereta yang dilengkapi teknologi termaju untuk dijual, dan PROTON faham akan kehendak itu. Kami berharap dengan cawangan baharu ini kami dapat menyumbang ke arah misi PROTON untuk terus memperoleh pegangan pasaran yang lebih besar”.

ribbon cutting pic

PROTON kekal mempunyai cawangan 3S/4S terbanyak di seluruh negara

Dengan pembukaan cawangan baharu ini di Seremban, PROTON kekal mendahului dengan mempunyai cawangan 3S/4S terbanyak berbanding jenama automotif lain. Syarikat kini mempunyai 100 cawangan yang telah dipertingkat beroperasi di seluruh negara.

service bays

“Apa yang telah kami capai adalah hasil kerja keras, dedikasi dan komitmen oleh seluruh keluarga PROTON iaitu dari pembekal, pengedar dan warga kerja di Syarikat. Dari peringkat awal lagi, kami percaya bahawa untuk maju, kami memerlukan jumlah cawangan yang mencukupi, produk yang baik, teknologi yang hebat dalam kereta dan pekerja yang mampu untuk mencapai matlamat syarikat. Hasilnya telah terbukti sendiri.

service reception

Jualan Syarikat telah melonjak naik dan kami berjaya menduduki semula tempat kedua sejak April tahun ini. Jumlah jualan bagi akhir bulan Julai mencecah 52,269 unit berbanding 35,561 dalam tempoh sama tahun lepas, bersamaan kenaikan sebanyak 47% bagi keseluruhan jualan tahun ke tahun,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

showroom pic 3

Previous post

Pelancaran Hi! Proton Di Russia Dengan Hi! Alice

Next post

Aston Martin Valhalla Berharga USD2 Million Sudah Habis Dijual

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *