Berita Auto

Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus Dilancarkan di Malaysia

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, melancarkan dua model baharu iaitu 3008 Plus dan 5008 Plus yang tampil dengan ciri keselesaan dan teknologi yang dikemaskini.

Peugeot 3008 Plus 5008 Plus

Kini hadir dalam versi pemasangan tempatan (CKD), 3008 Plus dijual pada harga RM150,888 bagi varian Active dan RM163,888 bagi varian Allure, manakala 5008 Plus ditawarkan pada harga RM166,888 bagi Active dan RM179,888 bagi Allure.

PEUGEOT_5008_2019_017_UK

Bermula dengan bahagian luaran, kedua-dua model kini tampil dengan rekaan rel bumbung baru, kemasan krom pada cermin sisi serta bumbung panoramik yang membuatkan ia kelihatan lebih elegan. Turut disertakan adalah rim aloi berukuran 18 inci dengan kemasan dua tona.

PEUGEOT_3008_2016_312_FR

Masuk ke bahagian dalam, penumpang akan disambut dengan upholsteri kulit Claudia yang dipadankan dengan jahitan Graphite atau Goa (bergantung kepada varian). Pencahayaan berwarna biru memberikan suasana yang menenangkan di segenap kabin.

PEUGEOT_3008_2016_281_UK

Sistem navigasi terbaru kini diterapkan ke dalam skrin sentuh 8 inci, manakala kluster digital beresolusi tinggi berukuran 12.3 inci kini mendapat grafik Onyx, mod paparan Driving Assistance serta mod Personal. Sebagai tambahan, 5008 Plus mendapat mod Navigation yang memaparkan peta pada paras mata pemandu.

PEUGEOT_3008_2016_283_UK_1

Selain itu, terdapat juga ciri i-Cockpit Amplify membolehkan pemandu memilih suasana kabin menerusi dua mod iaitu Boost untuk pengalaman dinamik atau Relax untuk suasana tenang. Drive Sport Pack pula menambahbaik ciri stereng, pendikit, enjin serta bunyi bagi melahirkan pemanduan yang lebih sporty.

PEUGEOT_3008_2018_037_UK

Sementara itu, tailgate bermotor membolehkan pemandu membuka dan menutup pintu but dengan hanya menghayunkan kaki di bawah bampar belakang.

PEUGEOT_3008_1605STYP_212

Ciri bantuan pemandu yang disertakan pada kedua-dua model adalah Driver Attention Alert, Speed Limit Recognition and Recommendation, kamera undur 180 darjah, serta Blind Spot Information System dan Active Lane Departure Warning yang telah dipertingkatkan.

PEUGEOT_5008_2016_198_FR

Bagi aspek keselamatan pula, 6 beg udara, Advanced Electronic Stability Program, Advanced Grip Control, Hill Start Assist, Indirect Tyre Pressure Detection, Electronic Stability Program yang merangkumi Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD), Emergency Brake Assistance (EBA), Wheel Anti-Slip Regulation (ASR) dan Dynamic Stability Control (DSC) didatangkan secara standard.

PEUGEOT_5008_0709STYP_310

Kedua-dua model boleh didapati dalam warna Nera Black, Pearl White, Amazonite Grey, Aster Grey serta dua warna baru Metallic Copper bagi 3008 Plus dan Emerald Crystal bagi 5008 Plus.

PEUGEOT_5008_2016_009_UK-2

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan lima tahun, pakej penyelenggaraan percuma tiga tahun, serta bantuan tunda 25 jam dan akses percuma ke SkyLounge Naza di Subang Skypark.

Previous post

Proton R3 Raih Kemenangan Berganda di Siri Kejuaraan Malaysia

Next post

Modenas Power Store Tawar Pelbagai Perkhidmatan Untuk Pemilik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *