Sukan

Proton R3 Raih Kemenangan Berganda di Siri Kejuaraan Malaysia

Pasukan Proton R3 dan Proton Iriz 2019 menguasai Pusingan 4 Siri Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS) dengan meraih dua kemenangan, sekaligus menjadikan duo Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali pemenang keseluruhan bagi kelas M-Pengeluaran.

Proton R3 MCS

Pada masa yang sama, Proton Saga 2019 turut berlumba buat kali pertama dengan pemandunya Admi Shahrul yang membuat kemunculan semula. Selepas layak pada tapak perlumbaan yang ketujuh, jentera baharu itu berjaya menduduki tempat keempat dalam perlumbaan pertamanya diikuti dengan tempat ketiga dalam perlumbaan kedua pada hari Ahad.

Photo 3 (8)

Selepas memenangi perlumbaan selama satu jam pada Pusingan 4 MCS di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pasukan R3 kini mendahului kategori pemandu dan pasukan dalam kejuaraan bagi kelas M-Pengeluaran. Dengan hanya satu pusingan lagi dalam siri 2019 ini, pasukan itu yakin mampu mengekalkan kedua-dua gelaran.

Photo 4 (4)

Dalam perlumbaan pertama, Suprima S dan Iriz pasukan Proton R3 memulakan perlumbaan di barisan hadapan dan telah bekerjasama mengekalkan kedudukan tersebut. Pengendalian hebat dan sokongan pit yang padu berjaya membawa kedua-dua jentera menamatkan saingan di kedudukan 1 dan 2 di mana Iriz peroleh tempat pertama. Saga 2019 pula berjaya menduduki tempat keempat.

Photo 2 (3)

Bagi perlumbaan kedua, Iriz kekal sebagai kereta terpantas dan telah meraih kemenangan kedua pada hujung minggu lalu. Saga pula berjaya membaiki kedudukannya dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Photo 9

“Pusingan keempat perlumbaan MCS sangat mencabar kerana kami mahu mencapai mata tertinggi dan pada masa yang sama berusaha untuk meningkatkan keupayaan kereta lumba Iriz dan Saga 2019. Kedua-dua kereta mempamerkan kehebatan masing-masing, terima kasih kepada kualiti prestasi kereta-kereta jalan raya, dan kami akan menggunakannya untuk perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) edisi 2019,” kata Gary Lee, Ketua Pasukan Proton R3.

Previous post

Ferdinand Piech, 82 Tahun, Meninggal Dunia

Next post

Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *