Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Power Store Tawar Pelbagai Perkhidmatan Untuk Pemilik

Motosikal dan Enjin Nasional Berhad (Modenas) telah merasmikan pembukaan pusat sehentinya yang menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti.

Modenas Power Store

Dikenali sebagai Modenas Power Store, pusat yang terletak di Sunsuria Avenue, Kota Damansara ini merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ASEAN.

POWERSTORE-15

Modenas Power Store mempunyai bilik pameran yang menampilkan dua model semasa Modenas iaitu Pulsar dan Dominar yang turut dijual di lebih 30 pasaran lain di seluruh dunia.

MUZ_9708

Selain itu, ia turut menawarkan perkhidmatan baik pulih dan servis (termasuk servis major), selain perkhidmatan ubah suai yang menggunakan alat ganti dan aksesori khas daripada rantau ASEAN.

MUZ_9709

Pelanggan yang hadir bukan sahaja berpeluang untuk memandu uji model-model yang ditawarkan, malah akan diberikan perkhidmatan bantuan pembiayaan semasa melakukan pembelian.

MUZ_9710

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan berkata pengenalan konsep Modenas Power Store di Malaysia akan membolehkan syarikat itu memperkukuhkan kehadiran dan profilnya di dalam negara.

Previous post

Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus Dilancarkan di Malaysia

Next post

Lamborghini Akan Membuka Sahamnya Kepada Pemilikan Awam Sepadan Dengan Nilai Ferrari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *