Berita Auto

Beli Kereta Terpakai Volkswagen Menerusi Program Das WeltAuto

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan program kenderaan terpakai global Volkswagen yang dikenali sebagai Das WeltAuto. Ia disokong oleh pengetahuan, standard, proses, penyelesaian dan jaminan global oleh Volkswagen Group.

Volkswagen Das WeltAuto

Semua model dan jenama diterima untuk tujuan tukar beli (trade-in), malah pelanggan tidak perlu bimbang kerana semua kenderaan yang disahkan oleh Das WeltAuto sudahpun melalui pemeriksaan 133 poin yang ketat dan menyeluruh. Pemeriksaan ini dijalankan dan disahkan oleh Juruteknik Kanan Volkswagen.

Pelanggan Das WeltAuto bakal menikmati lanjutan jaminan dan bantuan tepi jalan selama setahun, selain manfaat Volkswagen Care Plus untuk kenderaan Volkswagen yang berusia lima tahun dan ke atas.

Volkswagen Das WeltAuto

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Das WeltAuto merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang berminat untuk menukar dan membeli kereta terpakai.

“Apa yang membuatkan Das WeltAuto berbeza dengan saluran jualan kereta terpakai ialah anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan terbaik sama seperti pengalaman membeli sebuah kereta baharu di pengedar yang anda yakini,” kata beliau.

Sebagai sebahagian daripada janji Das WeltAuto, setiap kenderaan yang ditawarkan menggunakan alat ganti tulen, tidak pernah terlibat dalam kemalangan dan didatangkan lengkap dengan bukti penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen.

Das WeltAuto

Buat masa sekarang, Das WeltAuto ditawarkan oleh empat pengedar Volkswagen iaitu Volkswagen Puchong, Volkswagen Gombak, Volkswagen Alor Setar dan Volkswagen Juru. Mereka yang berminat juga boleh melihat kenderaan yang ditawarkan di laman webDas WeltAuto. Ia sentiasa dikemas kini, lengkap dengan maklumat terperinci dan pilihan sama ada untuk pertanyaan atau menempah sesi pandu uji.

Das WeltAuto dilancarkan pada acara tahunan Volkswagen Fest 2019 kali ketiga yang berlangsung mulai 30 Ogos hingga 1 September di Setia City Convention Centre.

Previous post

UMW Toyota Panggil Semula 41,000 Kenderaan

Next post

Kenapa Fortuner Masih Kekal SUV 7-Kerusi Yang Dominan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *