Gaya Hidup

Volkswagen Fest Kembali Lagi

Acara tahunan Volkswagen Fest kini kembali untuk tahun ketiga dan seperti tahun-tahun sebelumnya, acara ini menjanjikan tawaran terbaik serta pelbagai aktiviti mengujakan daripada Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Volkswagen Fest 2019

Berlangsung mulai 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Centre di Setia Alam, acara utama pada tahun ini ialah pelancaran “Das Welt Auto”, iaitu program kenderaan terpakai yang diiktiraf sendiri oleh Volkswagen. Selain itu, model Arteon yang sememangnya ditunggu-tunggu juga akan dipamerkan di acara tersebut.

Pengunjung berpeluang untuk memandu uji pelbagai model Volkswagen, serta menikmati rebat dan tawaran hebat ke atas kereta baharu dan terpakai.

Arteon_R-Line_5

Arteon bakal membuat penampilan istimewa di Volkswagen Fest 2019

Antaranya termasuklah rebat Baucar Merdeka sebanyak RM1,000 ke atas semua tempahan yang dibuat di acara ini dan “Starbuys” seperti model Passat Comfortline 1.8TSI pada harga RM114,888.

Promosi juga ditawarkan ke atas rangkaian model Tiguan dan Passat yang kini hadir dengan penyelanggaraan lanjutan percuma dari tiga tahun kepada lima tahun. Pelanggan yang membuat pembelian kereta baru sebelum 31 Disember 2019 juga akan menikmati kadar faedah serendah 1.88% setahun.

Volkswagen Fest tahun ini akan dibahagikan kepada tiga kawasan khas. Kawasan Volks Auto wajar dikunjungi oleh mereka yang mahu melihat dan memandu uji model-model terbaru. Ia juga memberi kemudahan kepada mereka yang ingin menjual kenderaan sedia ada dan mendapatkan sebuah Volkswagen baru.

The limited edition 60th Merdeka Edition Beetle - only 16 units

Ruang Volks Lawn akan dipenuhi oleh pameran kereta klasik dan terkini Volkswagen, selain aktiviti menaiki belon udara panas, hiasan seni yang mencantikkan lagi foto Instagram anda serta stesen permainan interaktif untuk seisi keluarga.

Sementara itu, kawasan Volks Park pula lokasi terbaik untuk pengunjung menikmati hidangan yang ditawarkan oleh kendera saji (food truck). Terdapat juga Kombi Bazaar dan persembahan busker yang menjadikannya tempat terbaik untuk beristirehat.

 

Previous post

Perodua Bezza - Sedan Bawah 1.0L Terlaris di Sri Lanka!

Next post

Audi RS Q8 Tanpa Selubung Di Litar Nurburgring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *