Berita Auto

Cycle & Carriage Bintang Mutiara Damansara Ketengah Konsep Baru

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan Cycle & Carriage Bintang Mutiara Damansara Autohaus yang menampilkan konsep baru bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan.

Mercedes-Benz Cylce & Carriage Mutiara Damansara

Bilik pameran ini menampilkan warna perak-putih dan pelbagai elemen identiti korporat (CI) terbaru Mercedes-Benz, digabungkan dengan pelan terbuka dan fasad bangunan yang telus bagi melahirkan suasana yang luas dan selesa.

CCB MD (3)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik pameran, pelanggan yang telah membuat temu janji lebih awal akan disambut oleh Star Assistant yang akan memberitahu perunding tentang ketibaan mereka.

CCB MD (5)

Pelanggan yang tidak membuat temu janji pula akan dirujuk kepada Pakar Produk yang kemudian akan membawa mereka ke ruang menunggu, di mana rundingan akan dijalankan di tempat duduk yang privasi atau terbuka.

CCB MD (10)

Ruang jenama diwujudkan bagi membolehkan pelanggan menerokai jenama Mercedes-Benz secara maya atau realiti. Konsep baru ini juga menggunakan keseluruhan ruang pameran untuk orientasi perkhidmatan pelanggan tanpa ruang kerja tetap. Sementara itu, pelanggan yang menunggu kereta mereka siap diservis boleh menikmati pelbagai makanan dan minuman di cafe.

CCB MD (9)

Akhir sekali, penyerahan kereta baru kini diiringi dengan paparan media dan sistem bunyi sekaligus meningkatkan lagi keterujaan pelanggan.

Previous post

Volkswagen Panggil Balik Beetle, Golf dan Jetta Kerana Risiko Bergolek

Next post

Syafiq Kyle, Ain Edruce Sedia Beraksi Dalam Toyota Vios Challenge Musim ke-3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *