Berita Auto

BMW X6 Vantablack Tampil Warna Hitam Yang Serap 99% Cahaya

Sekali imbas, gambar-gambar yang dipaparkan ini nampak seperti telah disunting dalam menggunakan Photoshop. Tetapi percayakah anda jika kami katakan bahawa BMW X6 berwarna hitam yang anda lihat ini adalah asli?

BMW X6 Vantablack

Dikenali sebagai X6 Vantablack, ia merupakan model ‘one-off’ yang dihasilkan dengan kerjasama antara BMW dan Surrey NanoSystems untuk dipamerkan di acara Frankfurt Motor Show pada September ini.

Surrey Nano Systems merupakan syarikat British yang bertanggungjawab dalam penghasilan warna Vantablack VBx2 ini. Dikatakan warna hitam paling hitam di dunia, ia mampu menyerap sehingga 99.96% cahaya dan seperti yang anda boleh lihat, ia menyebabkan segala perincian reka bentuk (kecuali gril dan lampu) pada X6 ini seolah-olah tersembunyi.

bmw-x6-in-vantablack-2019 (2)

Teknologi yang digunakan pada warna ini tersembunyi di dalam namanya, di mana Vanta adalah akronim kepada Vertically Aligned Nano Tube Array, sebuah matriks yang diperbuat daripada karbon.

Setiap tiub nano ini mempunyai ukuran panjang antara 14 hingga 50 mikrometer dengan diameter berukuran 20 nanometer, menjadikannya 5,000 kali lebih halus berbanding sehelai rambut manusia. Hasilnya, setiap sentimeter boleh memuatkan sehingga hampir 1 bilion tiub nano tersebut. Sebarang cahaya yang menyentuh permukaan ini akan diserap sepenuhnya dan ditukarkan menjadi haba.

bmw-x6-in-vantablack-2019 (1)

Teknologi ini pada asalnya dibangunkan untuk menyalut komponen-komponen yang digunakan di angkasa lepas. Sebarang komponen optikal yang disalut dengan Vantablack membolehkan pemerhatian bintang dan galaksi yang jauh dijalankan tanpa gangguan daripada pantulan cahaya matahari.

Previous post

BMW X5 Protection VR6 Beri Perlindungan Menyeluruh

Next post

Baby Spyder Mungkin Kembali Ke Barisan Porsche

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *