Berita Auto

BMW X5 Protection VR6 Beri Perlindungan Menyeluruh

BMW telah memperkenalkan kereta kalis peluru terbaru mereka iaitu X5 Protection VR6. Ia dibangunkan khas bagi memberi penumpang perlindungan daripada serangan ganas, penculikan dan jenayah terancang.

BMW X5 Protection VR6

Seperti X5 kalis peluru yang dihasilkan sebelum ini, model generasi G05 ini juga mendapat pengiktirafan VR6 yang bermakna ia berupaya menahan impak daripada pistol, senapang dan juga bom tangan.

bmw-x5-protection-vr6-2019 (8)

Bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut, BMW menggunakan komponen keluli berkekuatan tinggi yang dibentuk bagi menyesuaikannya dengan pintu, bingkai sisi, bumbung dan bahagian hadapan kenderaan.

Selain itu, X5 Protection VR6 turut dilengkapi dengan perisai aluminium pada bahagan bawah badan, manakala ruang bagasi turut dijadikan kalis peluru bagi mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh.

bmw-x5-protection-vr6-2019 (6)

SUV ini juga menggunakan kaca berketebalan 33 mm pada bahagian hadapan, sisi dan belakang, berserta lapisan polycarbonate yang dapat mengelakkan ia daripada berkecai jika berlakunya serangan.

Menurut BMW, gabungan perisai dan kaca tersebut menawarkan perlindungan terhadap peluru bersaiz sehingga 7.62 X 39 seperti yang selalu digunakan oleh senapang AK-47 serta bom TNT seberat 15 kg yang diletupkan dari jarak 4 meter.

bmw-x5-protection-vr6-2019 (4)

Bukan itu sahaja, perisai aluminium di bawah lantai cukup kuat untuk menahan impak daripada bom tangan jenis DM51. Untuk perlindungan tambahan, pelanggan boleh memesan perisai yang diperbuat bahan komposit yang menawarkan perlindungan terhadap bom tangan HG85.

Selain perisai, enjin yang berkuasa juga memastikan X5 Protection VR6 mempunyai kelebihan apabila berhadapan dengan situasi kecemasan. Ia dikuasakan oleh enjin 4.4-liter twin-turbo V8 yang menjan 523 hp dan 750 Nm yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.9 saat. Walaupun membawa muatan berlebihan, SUV ini masih mampu memecut sehingga 210 km/j.

bmw-x5-protection-vr6-2019 (5)

Tidak seperti varian X5 yang lain, model ini dilengkapi dengan tangki minyak khas yang akan menutup secara automatik jika diserang untuk mengelakkan berlaku kebocoran. Bahagian ‘sidewall’ tayar turut diperkuatkan bagi membolehkan kenderaan terus dipandu walaupun kehilangan tekanan udara.

Previous post

Festival Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge Musim 3 Di Kuala Terengganu

Next post

BMW X6 Vantablack Tampil Warna Hitam Yang Serap 99% Cahaya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *