Berita Auto

Audi A7 Sportback Kini di Malaysia – RM609k

Audi Malaysia telah memperkenalkan tawaran terbaru mereka untuk pasaran tempatan, Audi A7 Sportback serba baharu. Ia ditawarkan dalam satu varian sahaja yang menampilkan enjin 3.0 TFSI dengan sistem mild hybrid (MHEV).

Audi A7 Sportback

Dari luaran, A7 Sportback menampilkan imej atletik dengan hud enjin dan jarak roda yang panjang serta overhang yang pendek. Kereta ini berukuran 4,969 mm panjang, 1,908 mm lebar, 1,422 mm tinggi dengan jarak roda berukuran 2,926 mm.

Audi A7 Sportback

Model pasaran Malaysia mendapat pakej luaran S Line secara standard dengan lampu utama HD Matrix, rim 20 inci dan jalur lampu yang menghubungkan lampu belakang. Terdapat juga spoiler terbina yang dinaikkan secara automatik pada kelajuan 120 km/j.

Audi A7 Sportback

Di dalam, kabin futuristik A7 menampilkan rekaan yang kemas dengan garisan-garisan mendatar yang membuatkan kabin terasa luas. Ciri utama adalah paparan 10,1 inci dengan MMI Navigation Plus, serta kokpit maya Audi berukuran 12.3 inci. Sementara itu, paparan 8.6 inci pada bahagian bawah papan pemuka memberikan akses kepada sistem pendingin hawa, fungsi keselesaan dan input teks.

Audi A7 Sportback

Selain itu, paparan Head-Up yang memaparkan pelbagai maklumat penting pada cermin penghadang angin serta sistem audio Bang & Olufsen 3D turut disertakan.

?????????????????

Seperti yang diperkatakan, A7 Sportback dikuasakan oleh enjin 3.0 V6 TFSI yang menjana 340 hp dan 500 Nm. Sistem MHEV tersebut menggunakan sistem elektrikal 48 volt bagi mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 0.7 liter bagi setiap 100 km.

?????????????????

Dilengkapi dengan transmisi S tronic tujuh kelajuan, jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.3 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

?????????????????

Untuk harga pula, A7 Sportback dijual pada harga RM609,000. Ia dikeluarkan di kilang Audi yang terletak di Neckarsulm, Jerman.

Previous post

Aplikasi DriveOn by TAN CHONG Mudahkan Pemilik Nissan, Renault dan Infiniti

Next post

Butiran Awal & Lakaran Model Hyundai i10 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *