Cerita Auto

Aplikasi DriveOn by TAN CHONG Mudahkan Pemilik Nissan, Renault dan Infiniti

Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) telah melancarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih kenderaan pertamanya yang dikenali sebagai DriveOn by TAN CHONG. Aplikasi ini adalah khas untuk pemilik kereta Nissan, Renault dan Infiniti.

TCEAS DriveOn

Ia menawarkan kemudahan pada masa sebenar kepada para pemilik untuk merancang aspek penyelenggaraan kenderaan mereka, yang merangkumi:

  1. Jadual temu janji servis – lihat slot tempahan temu janji secara langsung, aturkan temu janji, dapatkan lokasi mana-mana daripada 60 pusat servis TCEAS dan tetapkan pusat servis kegemaran anda, serta navigasi ke cawangan terbabit. Temu janji untuk menukar inflator beg udara Takata juga boleh dibuat menerusi aplikasi ini.
  2. Rekod sejarah servis – lihat dan pantau rekod servis kenderaan anda
  3. Maklumat servis – dapatkan maklumat Pakej Servis, alat ganti dan harga anggaran lebih awal
  4. Peringatan tentang servis – pelanggan akan diingatkan apabila tarikh servis hampiri dan diberitahu apabila kereta sudah siap untuk diambil semula

DriveOn by Tan Chong 01

  1. Bantuan tepi jalan yang mudah – akses ke atas bantuan kecemasan tepi jalan dan pusat panggilan 24-jam untuk mendapatkan bantuan berkaitan kenderaan. Terdapat juga maklumat ‘Do’s &Don’ts’ sekiranya pengguna terlibat dalam kemalangan
  2. Promosi aplikasi mudah alih sahaja – layak untuk menerima promosi yang hanya ditawarkan kepada pengguna aplikasi
  3. Kemas kini promosi secara serta-merta – notifikasi mengenai promosi menarik atau acara akan datang
  4. e-Majalah ‘Drive On’ – dapatkan berita dan perkembangan terkini Nissan, tip-tip pemanduan dan penyelenggaraan, di samping pelbagai topik yang menarik minat anda, keluarga dan rakan-rakan
  5. GoCar Malaysia – tawaran tambahan untuk mendapatkan perkhidmatan GoCar apabila kereta anda sedang diselenggara

Aplikasi ini juga membolehkan beberapa buah kenderaan yang dimiliki oleh individu sama didaftarkan.

DriveOn by Tan Chong 02

Semua pemilik Nissan, Renault dan Infiniti dijemput untuk memuat turun aplikasi DriveOn by TAN CHONG menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Sebagai sebahagian daripada kempen pelancarannya, 5,000 muat turun pertama yang berjaya dimuat turun dan didaftarkan bakal menerima diskaun sebanyak 5% ke atas alat ganti daripada TCEAS.

Previous post

Jualan Kereta Alfa Kurang Daripada Tesla Di Eropah

Next post

Audi A7 Sportback Kini di Malaysia - RM609k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>