Gaya Hidup

Toyota Gazoo Racing Festival Masuk Musim ke-3

Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival anjuran UMW Toyota Motor Sdn Bhd kembali untuk musim ketiga yang akan bermula pada September ini.

BHP Banner 1

Seperti musim sebelumnya, saingan musim ini merangkumi empat pusingan perlumbaan one-make Toyota Vios Challenge dengan lapan perlumbaan secara keseluruhan.

Para pelumba yang dikategorikan mengikut tiga kelas iaitu Promotional, Sporting dan Super Sporting akan bersaing di litar-litar jalan raya serta tidak ketinggalan Litar Antarabangsa Sepang.

BEN02866

Aksi musim ke-3 tidak terhad di litar sahaja kerana siri E-Sport Gazoo Racing Velocity juga akan diteruskan. Diperkenalkan buat pertama kali pada September tahun lalu, pertandingan perlumbaan maya ini telah berjaya menarik lebih 400 peserta.

Satu lagi tarikan baru saingan musim ini adalah Gazoo Racing Outlet di mana pelawat boleh melihat dengan lebih dekat lagi barisan jentera lumba yang dibangunkan oleh Toyota sendiri, termasuk Gazoo Racing Supra.

Sementara itu, selebriti yang akan menyertai kelas Promotional adalah Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Janna Nick dan juara bertahan, Diana Danielle.

BEN02824

Dua artis baru yang akan membuat penampilan bagi musim ini adalah Ain Edruce dan Syafiq Kyle. Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama juga akan turut serta untuk musim ketiga berturut-turut.

Barisan penaja bagi TGR Festival musim ini adalah Toyo Tires, Denso, TRD Asia, Moty’s Enkei, M7 dan Toyota Capital Malaysia.

Tahun lalu, TGR Festival berjaya menarik lebih 80,000 peminat sukan permotoran dan 1.1 juta penonton dalam talian.

Previous post

Volvo Memanggil Balik Hanya Kereta Berkuasa DIESEL

Next post

Beli Isuzu D-Max dan Menangi Pakej Percutian ke Iceland

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *