Gaya Hidup

Shell Malaysia Lancar Koleksi Ferrari 2019

Shell Malaysia kini kembali dengan kempen koleksi kereta mainan Ferrari yang boleh didapati secara eksklusif di semua stesen Shell di seluruh negara,

BHP Banner BMW 7 & X7

Kali ini, koleksi tersebut menampilkan lapan model menarik, masing-masing mewakili setiap dekad dalam sejarah Ferrari. Ditawarkan bermula 1 Julai hingga 8 September 2019, pelanggan boleh mendapatkan model replika tersebut dengan harga RM15.90 setiap satu dengan setiap pembelian minyak bernilai RM30 minimum dalam satu resit.

IMG_9255

Bagi menandakan permulaan kempen ini, Ferrari 488 Spider dan Ferrari Daytona (365 GTB/4) telah dilancarkan pada 1 Julai lalu. Model-model lain iaitu Ferrari Testa Rossa 1957, 430 Scuderia, 250 GTO, 288 GTO, F50 dan SF71H iaitu jentera Formula 1, akan dilancarkan setiap dua minggu.

Untuk melengkapkan koleksi ini, Shell Malaysia turut menawarkan trak pengangkut edisi terhad yang didatangkan dalam warna merah yang merupakan tanda dagang Ferrari. Ia boleh didapati pada harga RM99.90 atau secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra 4 liter.

IMG_9246

Bagi meraikan pelancaran kempen ini, Shell Malaysia akan mengadakan siri jelajah dan ‘pop up’ di beberapa pusat beli-belah utama di seluruh negara selama 10 minggu. Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat galeri Shell ShowVroom yang memaparkan kesemua lapan model serta diorama yang direka khas.

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat rebat bernilai RM5 dengan setiap perbelanjaan minimum RM50 dengan e-wallet Touch N Go. Pulangan tunai 5% turut ditawarkan dengan perbelanjaan bernilai RM150 menggunakan kad debit Maybank.

IMG_9259

IMG_9260

IMG_9262

IMG_9264

 

Previous post

Bagaimana Sesetengah Pemegang AP Kaya Raya Begitu Cepat Sekali

Next post

Volvo Cars Menawarkan Kadar Faedah Dari Hanya 0.62%

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *