Gaya Hidup

Sertai ‘Porsche Sportscar Together Day’ Hujung Minggu Ini di Sepang

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengedar rasmi Porsche di Malaysia, menjemput semua pemilik dan peminat Porsche ke acara Sportscar Together Day yang akan berlangsung pada 3 Ogos ini di Litar Antarabangsa Sepang.

BHP Banner ABDPC

Dianjurkan di Malaysia buat pertama kalinya, acara ini diadakan untuk merapatkan lagi komuniti Porsche serta memberi peluang kepada peminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang warisan jenama kereta sports itu.

Pengunjung akan berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat barisan model 911 yang ikonik termasuk model generasi kelapan yang dilancarkan baru-baru ini, serta jentera lumba 919 Hybrid.

PAP19_0462

Selain itu, pengunjung juga boleh ‘melihat’ model elektrik pertama Porsche iaitu Taycan menerusi pengalaman Realiti Luasan (Augmented Reality).

Mereka yang ingin merasai kehebatan jentera dari Stuttgart ini boleh mendaftar untuk aktiviti Porsche Experience, manakala kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dijemput menyertai program Porsche Junior Experience di mana mereka akan diajar kemahiran asas jalan raya dan litar lumba.

PAP19_0463

Sementara itu, semua pemilik Porsche dijemput untuk menjadi sebahagian daripada perhimpunan Porsche Parade yang dijangka akan menjadi salah satu perhimpunan Porsche terbesar yang pernah diadakan di Sepang.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari http://myporsche.com.my/sctd/.

Previous post

Ingat Lagi Dengan Trak Mitsubishi L200 Ini?

Next post

Porsche 911 Carrera Coupe dan Cabriolet (992) Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *