Insuran / Waranti

Motosikal Yamaha Kini Dengan Waranti Lanjutan

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, telah memperkenalkan program waranti lanjutan untuk pelanggannya.

BHP Banner Toyota Land Cruiser

Program ini adalah untuk semua motosikal Yamaha yang didaftarkan bermula 1 Julai 2019 dan menawarkan jaminan sehingga dua tahun atau 20,000 km.

Menurut HLYM, waranti lanjutan ini sah sekirnya motosikal diselenggara mengikut jadual yang disyorkan di mana-mana pengedar sah Yamaha, menggunakan alat ganti tulen dan pelincir Yamalube, dan dalam keadaan standard (tiada modifikasi).

Extended-Warranty-WB-(M)

Pelanggan yang ingin membuat tuntutan jaminan perlu melampirkan bukti penyelenggaraan di pengedar sah Yamaha bersama-sama dengan resit atau invois cukai yang asal.

Untuk meningkatkan lagi kepuasan pelanggan, HLYM turut memperkenalkan senarai semak pra-penghantaran yang akan diperiksa oleh pihak pengedar bagi memastikan motosikal diserahkan dalam keadaan yang sempurna.

 

Previous post

Mitsubishi Lancer Evolution Mungkin Akan Kembali

Next post

Ford Derma AS$8,000 Kepada Montfort Boys Town

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *