Konsep / Lakaran / Intipan

Mitsubishi Lancer Evolution Mungkin Akan Kembali

Pada penghujung 2015, Mitsubishi memperkenalkan Lancer Evolution X Final Edition sebagai tanda berakhirnya riwayat sedan berprestasi yang digilai ramai itu. Sejak dari itu, Mitsubishi berulang kali mengatakan bahawa kemungkinan untuk model itu kembali adalah rendah.

BHP Banner Toyota Land Cruiser

Bagaimanapun, peminat Evo di seluruh dunia masih boleh menaruh harapan kerana terdapat laporan terbaru yang mengatakan bahawa Mitsubishi akan meneruskan legasi jentera rali yang ikonik itu.

Menurut laporan Autocar yang memetik sumber dari Jepun, Evo mungkin akan kembali dalam bentuk saloon empat pintu seperti sebelum ini dan juga hatchback lima pintu.

Model itu tidak akan dibangunkan sepenuhnya oleh Mitsubishi, sebaliknya ia akan menggunakan platform yang sama dengan Renault Megane RS generasi seterusnya. Enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan padanan kotak gear klac berkembar dan sistem pacuan empat roda S-AWC adalah antara spesifikasi awal yang dilaporkan.

Renault Megane RS Trophy 1

Dalam versi paling berkuasa, Megane RS yang dikuasakan oleh enjin turbo 1.8-liter mempunyai 299 PS dan 400 Nm. Desus desas mengatakan Evo baharu (atau Evo XI) mungkin dilengkapi dengan sistem mild-hybrid 48V yang sedang dibangunkan oleh ikatan Renault-Nissan-Mitsubishi, menjadikan jumlah kuasa lebih hampir kepada 341 hp dan 433 Nm.

Selain itu, ia juga akan menggunakan platform CMF-C/D F4 baharu yang turut dibangunkan oleh ikatan tersebut. Autocar tidak menyatakan bila model ini akan dikeluarkan, namun sudah tentu ia akan mengambil masa beberapa tahun. Itu pun jika ia mendapat lampu hijau.

Previous post

Toyota GR Supra HKS Dengan Nadi 2JZ-GTE

Next post

Motosikal Yamaha Kini Dengan Waranti Lanjutan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *