Promosi

Harga Kereta Ferrari Di Stesyen Shell Seluruh Malaysia Naik Lebih Dua Kali Ganda

12 tahun sudah berlalu sejak Shell dan Ferrari bekerjasama untuk memberi peluang kepada rakyat jelata Malaysia memiliki sebuah dua kereta Ferrari … kereta Ferrari mainan.

BHP Banner Shell Ferrari

Pada tahun 2007 Shell memperkenalkan pelbagai koleksi kereta mainan Ferrari dan mereka menjual hampir 2 juta kereta ini dalam hanya 12 bulan. Rakan saya Daniel, membeli hampir 40 biji kereta kecil ini kerana Daniel ada 3 kanak-kanak di rumahnya, dua anak lelakinya dan Daniel sendiri.

Shell-Ferrari-14

Koleksi Peribadi Lama Saya

Saya sendiri ada koleksi saya sendiri. Tak banyak tapi adalah. Saya rasa hampir semua diantara kita ada, kurang-kurang pun … satu, ada terselit kat mana-mana.

Shell-Ferrari-17

Koleksi Peribadi Lama Saya

Pada tahun berikutnya Shell membawa masuk 3 juta kereta kecil ini dan memperluaskan rangkaian Ferrari untuk memasukkan Gran Turismo Ferrari FXX, 12-silinder dua tempat duduk 599 GTB Fiorano, 250 GTO klasik dan yang amat jarang … 360 Challadable Stradale, 430 Challenge, 575 GTC dan F40 eksklusif yang dilancarkan oleh pengasas Enzo Ferrari sebelum kematiannya.

Shell-Ferrari-18

Koleksi Peribadi Lama Saya

Dengan peningkatan permintaan, Shell membawa masuk model kedelapan, Enzo Ferrari berwarna kuning yang hanya tersedia kepada pelanggan yang membeli pelincir Shell Helix semasa tempoh promosi.

Shell-Ferrari-15

Koleksi Peribadi Lama Saya

Pada masa itu, setiap model mini skala 1/38 ini dijual dengan harga RM5.90 kepada pelanggan yang mengisi bahan api Shell V-Power Racing bernilai RM40, manakala mereka yang mengisi Shell Super, Diesel atau Helix bernilai RM40 membayar RM8.90, tambah sedikit saja.

Shell-Ferrari-16

Koleksi Peribadi Lama Saya

Pada masa itu, ia adalah harga yang murah kerana anda mendapat bahan api yang berkualiti baik dan sebiji mainan miniatur dengan ‘pull back action’ dengan harga yang sama seperti kereta miniatur Hot Wheels.Shell-Ferrari-13Hari ini, Shell menghidupkan semula semangat Ferrari ini dengan pelancaran rangkaian baru Ferrari yang boleh didapati dari 1 Julai hingga 8 September 2019, dengan harga RM15.90 setiap satu dengan pembelian bahan api minimum sebanyak RM30 dalam satu resit, di mana-mana stesen Shell.Shell-Ferrari-12

Ini kenaikan harga RM10.00 DAN untuk kereta mainan Ferrari pada skala 1/43 sahaja.Shell-Ferrari-9Ada sedikit berita gembira. Pelanggan juga akan menerima rebat sebanyak RM5 apabila mereka membelanjakan minimum RM50 dengan dompet Touch N Go, manakala 5% tunai balik disediakan dengan perbelanjaan terkumpul 3x minimum yang bernilai RM150 melalui Kad Debit Maybank.Shell-Ferrari-6Shell-Ferrari-10Shell-Ferrari-8Shell-Ferrari-7 Shell-Ferrari-5Shell-Ferrari-4Shell-Ferrari-2

Previous post

Mitsubishi Pajero Sport Facelift Akan Didedahkan 25 Julai Ini

Next post

Porsche 911 (992) Masuk Pasaran Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>