Berita Auto

MINI Sambut Ulang Tahun Ke 60

MINI Malaysia menyingkap detik-detik ikonik di Malaysia dan salasilah budaya pop menggambarkan ulang tahun ke-60 yang bakal diraikan oleh MINI.

Mini 60 1

Sir-Alec-Issigonis-with-an-Austin-Seven-also-known-as-the-Morris-Mini-Minor

BHP Banner Mini 60 tahun

Mini 60 2

The longitudinal section of the Austin Seven, also known as the Morris Mini-Minor

Kenyataan Media 

Kuala Lumpur, 14 Jun 2019 – Selama 60 tahun, MINI telah mendepani budaya kontemporari di persada dunia dan tempatan. Sepertimana budaya dan gaya hidup yang pelbagai dirintis dari setiap pelosok dunia, citra keghairahan kekal sebagai nadi jenama MINI. Untuk meraikan jiwa jenama MINI yang berusia 60 tahun ini, MINI Malaysia mengimbau kembali enam pencapaian yang dilakar dalam halaman sejarah MINI dan peristiwa-peristiwa yang telah membentuk budaya kontemporari ketika itu.

Mini 60 3

The Malaya contingent at the inaugurual Southeast Asian Peninsular Games. Image source – theseagames.blogspot.com

1959

Mini yang pertama diperkenalkan dan menjadi ikon dalam dunia automotif pada tahun ini. Perang baru berakhir dan dunia dibelenggu dengan kekurangan bahan api, Sir Alec Issigonis telah menukar krisis ini kepada satu peluang dengan menzahirkan sebuah kenderaan kecil yang mempraktikkan penggunaan ruang secara kreatif. Sejak itu, Mini telah mencetus revolusi dan mengubah acuan yang diguna pakai oleh industri automotif. Sehingga ke hari ini, warga MINI atau ‘MINIacs’ masih menggilakan gaya pemanduan ala go-kart yang dibawakan oleh MINI dengan sistem suspensinya yang inovatif.

Mini 60 4

The Malaya contingent at the inaugurual Southeast Asian Peninsular Games. Image source – theseagames.blogspot.com

Pada tahun yang sama, Malaysia yang baru sahaja mengecapi kemerdekaan telah mengadakan Pilihan Raya Umum yang pertama; menubuhkan Bank Negara, iaitu Pusat Bank yang pertama bagi negara ini; serta bertanding dalam Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) edisi pertama yang diadakan di Bangkok, Thailand. Kontinjen Malaysia pulang dengan 8 pingat emas, 15 pingat perak serta 11 pingat gangsa dan menggarap tempat ketiga di acara tersebut.

Mini 60 5

Malaysia’s first General Election. Source – Arkib.gov.my

Bukan itu sahaja, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang di-Pertuan Agong terkini dan yang ke-16 diputerakan pada tahun tersebut; raja pop Malaysia, Jamal Abdillah juga dilahirkan pada tahun yang sama.

Mini 60 6

Frank Sinatra at the First Grammy Awards. Source – Grammy.com; William Claxton of Denmont Photo Management

1959 turut menyaksikan patung Barbie dirungkaikan buat julung kali sewaktu pameran, American Toy Fair yang berlangsung di Bandar Raya New York. Barbie merupakan patung mainan pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran di Amerika Syarikat yang tampil dengan struktur badan manusia yang sebenar. Ia diilhamkan oleh karakter komik Jerman, ‘Lilli’ yang menyaksikan hak ciptanya diambil alih oleh Mattel dan kemudiannya menjurus kepada penamaan semula karakter tersebut sebagai ‘Barbara’ – sempena nama anak pengasas syarikat itu sendiri.

Mini 60 7

USA-TOYFAIR/

Tahun 1959 juga akan diingati untuk pencapaian penting yang lain seperti pengenalan mesin pencetak Xerox yang pertama, Anugerah Grammy yang pertama, penubuhan stesen cuaca yang pertama di ruang angkasa, dan gambar bumi yang pertama diambil dari angkasa lepas, iaitu swafoto yang pertama!

Mini 60 8

Rebirth of an Icon

2001

Dengan tumpuan yang diberikan terhadap kecemerlangan nyata dan kualitatif sambil menyuntik nafas baharu ke atas elemen reka bentuk ikoniknya, BMW Group telah memperkenalkan MINI semula sebagai jenama premium pada tahun 2001. Dari jentera unggul MINI 3-Door Hatch sehingga MINI 5-Door Hatch, barisan yang terdiri daripada lima kereta telah berputik daripada Mini ikonik yang asal – setiap satu daripadanya dirumus untuk memenuhi tuntutan orang ramai yang mahukan fleksibiliti dan untuk memenuhi tabiat pemanduan yang berlainan.

Mini 60 9

Malaysia Airlines. Image by Arivaran Ravichantara from Pixabay

Di Malaysia pada tahun 2001, pesawat B777 milik Malaysian Airlines, iaitu sebuah pesawat komersial dengan enjin berkembar mewakili rantau Asia dengan membuat penerbangan pertama merentasi Kutub Utara. Sementara itu, Putrajaya, iaitu pusat pentadbiran persekutuan Malaysia dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun yang sama.

Mini 60 10

The Introduction of MINI John Cooper Works

Revolusi muzik juga dicetuskan oleh Apple yang telah memperkenalkan iPod buat julung kalinya pada bulan Oktober 2001 untuk seluruh dunia. Ia hadir dengan kapasiti muatan data bersaiz 5GB yang mampu memuatkan seribu lagu MP3 – rentetan itu, iPod berslogankan: “1,000 lagu dalam poket anda”. Pada masa yang sama, Wikipedia, iaitu portal sumber maklumat yang merekodkan fakta-fakta ini juga diaktifkan pada tahun tersebut.

Mini 60 11

Eye On Malaysia – Melaka, Malaysia

2008

Jangka waktu yang bermakna buat MINI, pengenalan MINI John Cooper Works dan MINI John Cooper Works Clubman dizahirkan melalui pengambilalihan John Cooper Works (JCW) yang dibuat oleh BMW Group pada tahun 2008. Sensasi jiwa perlumbaan yang dibawakan oleh jenama MINI John Cooper Works tidak lagi terhad pada enjinnya sahaja, malah model-model kenderaan ini juga dibangunkan semula dengan penerapan DNA dan karakter berlandaskan prestasi serta keupayaan jentera perlumbaan.

Mini 60 12

With his family by his side, Barack Obama is sworn in as the 44th president of the United States by Chief Justice of the United States John G. Roberts Jr. in Washington, D.C., Jan. 20, 2009. More than 5,000 men and women in uniform are providing military ceremonial support to the presidential inauguration, a tradition dating back to George Washington’s 1789 inauguration. (DoD photo by Master Sgt. Cecilio Ricardo, U.S. Air Force/Released)

Pada tahun itu, Malaysia turut menyaksikan pembukaan ‘Eye on Malaysia’ di roda Ferris gergasi yang terletak di Taman Kota Laksamana, berhampiran dengan Sungai Melaka. Di sini, para pengunjung telah menikmati pandangan panoramik 360 darjah yang berjarak lebih daripada 20 kilometer dalam lingkungan kota bersejarah ini. Bandar Melaka dan George Town di Pulau Pinang juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Mini 60 13

MINI Countryman (02/2010)

Manakala sebuah peristiwa yang membawa gelombang perubahan di seluruh dunia menyaksikan Barack Obama dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat – ia menjadikan beliau presiden berwarga Afrika-Amerika yang pertama di negara tersebut.

Mini 60 14

MINI Countryman (02/2010)

2010

Buat pertama kali, MINI telah memperkenalkan MINI Countryman – model pertama dalam barisan kenderaan ini yang didatangkan dengan empat pintu serta pelitup belakang yang luas. MINI Countryman mencerminkan sebuah kesinambungan yang tulen di antara konsep klasik MINI serta kenderaan SAV (Sports Activity Vehicle) yang moden, ditawarkan dengan opsyen sistem pacuan semua roda, MINI ALL4.

Mini 60 15

Angry Birds became the best-selling iPhone app of 2010. Source – Washington Post

2010 juga menandakan Hari Malaysia yang pertama diraikan pada 16 September sebagai cuti umum.

Mini 60 16

Steve Jobs Introduced the iPad in 2010. Source – www.independent.co.uk

Di peringkat global pula, Apple telah membawakan iPad yang pertama, manakala syarikat Finland bernama Rovio melancarkan aplikasi permainan video yang terbesar berjudul ‘Angry Birds’, yang menjadi aplikasi iPhone terlaris pada tahun 2010. Pada tahun yang sama, pelakon dan pelawak ikonik – Betty White – mengambil alih budaya pop Amerika dengan penampilannya dalam iklan Snickers untuk pertandingan Super Bowl. Peminat beliau kemudian melancarkan petisyen untuk menjadikannya hos bagi acara hiburan larut malam, Saturday Night Live (SNL). Pada 8 Mei, pada usia 88 tahun, beliau adalah hos tertua bagi SNL.

Mini 60 17

New MINI Countryman Plug-In Hybrid

2018

Sensasi pemanduan MINI yang tersendiri dan menyeronokkan memasuki dimensi yang baharu di Malaysia melalui pengenalan MINI Countryman Plug-In Hybrid yang sulung, mengembangkan lagi portfolio Mobiliti Masa Hadapan milik BMW Group Malaysia. Sejak itu, ia telah membawa aspek kelestarian mobiliti ke aras yang baharu, mendemonstrasikan kepakaran MINI dalam pembangunan teknologi-teknologi terbaharu untuk industri automotif premium.

Mini 60 18

New MINI Countryman Plug-In Hybrid

Seperti peristiwa signifikan yang menyaksikan pelantikan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat, Pakatan Harapan berjaya menundukkan pemerintahan parti Barisan Nasional yang telah berkuasa selama enam dekad dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. Tun Dr. Mahathir Mohamad memainkan semula peranannya sebagai Perdana Menteri yang kembali memerintah selepas 40 tahun, dan peristiwa ini menjadikan beliau Perdana Menteri ikonik yang tertua.

Mini 60 19

The New MINI Countryman Plug-In Hybrid

Di persada antarabangsa, Black Panther telah memecahkan pelbagai rekod perfileman dan dinobatkan sebagai filem adiwira solo yang mencatat kutipan tertinggi, serta gelaran yang diberikan oleh orang ramai sebagai filem terbaik yang dinukilkan dalam Dunia Sinematik Marvel. Kesignifikan elemen budaya yang dibawakan oleh filem ini disambut dan diraikan oleh orang ramai atas barisan pelakon yang diketengahkan majoritinya terdiri daripada pelakon-pelakon Afrika-Amerika, ia melambangkan kemajuan yang dikecapi dalam dunia perfileman Hollywood melibatkan bangsa.

Mini 60 20

Pakatan Harapan won the 14th General Election of Malaysia. Image Source – Aljazeera

2019

Baru sahaja berada di pertengahan tahun, namun 2019 merupakan satu lagi tahun yang luar biasa bagi MINI serta dunia budaya pop. Buat pertama kali, sekumpulan saintis – termasuk seorang warga Malaysia – berjaya merakamkan imej pertama sebuah Lohong Hitam dengan menggunakan rangkaian lapan teleskop, yang kemudiannya diproses oleh algoritma kompleks milik Dr. Katie Bouman.

Mini 60 21

Black Panther Set Various Box Office Records. Image Source – Marvel.com

MINI sentiasa mencabar batasan dari segi keseronokan pemanduan, reka bentuk serta elemen keindividualan yang diterapkan olehnya, dan pada tahun 2019, MINI meraikan ikhtiar mereka ini yang berusia 60 tahun. Merentasi pelbagai generasi, sensasi pemanduan ala go-kart serta penggunaan ruang interior yang optimum terus menarik perhatian peminat-peminat yang baharu saban tahun. Untuk menandakan perayaan ulang tahun ini, MINI mempersembahkan reka bentuk Ulang Tahun ke-60 yang ikonik untuk mencerminkan asal usul Britishnya serta karakter MINI yang terus mengarah ke hadapan – bersifat kontemporari, namun kekal dengan tradisinya yang tersendiri. MINI Malaysia akan meraikan ulang tahun MINI yang ke-60 pada bulan Julai ini.

Mini 60 22

A close-up image of the core of the M87 galaxy, imaged by the Chandra X-ray Observatory. Image Source – NASA

Mini 60 23

The world’s first image of a Black Hole. Image Source – Event Horizon Telescope Collaboration

Mini 60 24

MINI Celebrates 60 Years with the MINI 60 Years Edition

Previous post

MBPJ Tawar Diskaun Besar-Besaran Untuk Kesalahan Lalulintas

Next post

BMW 3-Series Touring Patut Dipanggil Crossover Untuk Tingkatkan Jualan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *