Undang - Undang

MBPJ Tawar Diskaun Besar-Besaran Untuk Kesalahan Lalulintas

Telah menjadi amalan biasa bagi kebanyakan pengguna jalan raya di Malaysia untuk mengumpul saman trafik dan menunggu sehingga diskaun ditawarkan supaya mereka boleh membayarnya pada harga lebih murah.

BHP Banner New Mazda

Walaupun tidak elok, amalan ini nampaknya berpihak kepada golongan ini kerana setiap tahun pihak berkuasa akan mengadakan promosi diskaun bagi menggalakkan mereka menyelesaikan saman-saman yang tertunggak.

Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang mengadakan kempen bayaran kompaun untuk mereka yang mempunyai kesalahan lalulintas sejak 1999 hingga kini. Kempen ini akan berjalan sehingga 30 Jun 2019.

Untuk semakan, anda boleh hubungi Jabatan Penguatkuasa di talian 03 7958 8085 atau muat turun aplikasi Smart PJ Enforcement melalui Google Playstore atau layari laman sesawang www.mbpj.gov.my.

Terdapat beberapa cara untuk membayar saman:

  1. Lawati kaunter pembayaran di Ibu Pejabat MBPJ, Lobi Menara MBPJ dan Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara, Kota Damansara
  2. Guna aplikasi Smart PJ Enforcement (Google Playstore sahaja)
  3. Guna mesin kios di Ibu Pejabat MBPJ, Lobi Menara MBPJ dan Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara, Kota Damansara
  4. Bayar melalui sistem atas talian di https://epay.mbpj.gov.my.

4200c244-a0ee-4611-8430-64177dfce734

Previous post

Kunjungi Rumah Terbuka Naza Gaya Raya Hujung Minggu Ini

Next post

MINI Sambut Ulang Tahun Ke 60

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *