Cerita Auto

BMW M8 – Jentera Mewah Dengan 600 HP!

BMW M8 akhirnya telah diperkenalkan secara rasmi sebagai model flagship dalam barisan 8 Series. Ia akan ditawarkan dalam bentuk Coupe dan Convertible, dan kedua-duanya boleh didapati dalam versi standard atau Competition yang lebih berkuasa.

BHP Banner Kemalangan

Seperti yang dijangka, M8 dikuasakan oleh enjin S63 4.4-liter twin-turbo V8 yang menghamburkan 600 hp pada 6,000 rpm dan 750 Nm antara 1,800 dan 5,600 rpm bagi versi standard. Gabungan transmisi M Steptronic lapan kelajuan dan sistem pacuan M xDrive membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.3 saat bagi Coupe dan 3.4 saat bagi Convertible.

2019-bmw-m8-coupe (1)

Sementara itu, M8 Competition yang mempunyai 625 hp pula melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 3.2 saat (3.3 saat bagi Convertible). Kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik adalah 250 km/j tetapi dengan pakej M Driver’s, ia boleh memecut sehingga 305 km/j.

2019-bmw-m8-coupe (2)

Selain jumlah kuasa yang lebih tinggi, versi Competition turut mendapat cagak enjin yang lebih keras, serta talaan sistem gantungan tersendiri. Camber pada gandar hadapan juga lebih tinggi bagi mendapatkan pengendalian yang lebih responsif.

2019-bmw-m8-coupe (3)

Seperti model M5, sistem pacuan semua roda M xDrive pada model ini adalah bias roda belakang. Pemandu boleh memilih mod 4WD atau 4WD Sport untuk menyalurkan lebih banyak kuasa ke roda belakang, manakala mod 2WD, di mana 100% kuasa disalurkan ke roda belakang, boleh diaktifkan dengan mematikan ciri Dynamic Stability Control (DSC).

2019-bmw-m8-coupe (4)

M8 dilengkapi dengan suspensi adaptif M yang dipadankan dengan peredam yang dikawal secara elektronik dan juga stereng elektromekanikal M Servotronic. Spesifikasi standard turut merangkumi rim aloi 20 inci yang disalut tayar bersaiz 275/35 di hadapan dan 285/35 di belakang.

2020-bmw-m8

Sebagai alternatif kepada sistem brek kompaun standard, M8 juga boleh dipesan dengan brek karbon seramik. Apa yang menarik, terdapat dua tetapan pedal untuk dipilih – satu untuk keselesaan manakala satu lagi untuk respon yang lebih segera.

2019-bmw-m8-cabriolet

2019-bmw-m8-cabriolet (1)

2019-bmw-m8-coupe (5)

2019-bmw-m8-cabriolet (2)

2019-bmw-m8-coupe (6)

Previous post

Porsche Spyder Edisi Teristimewa

Next post

Jaguar Hasilkan Pakej Touring Untuk XE SV Project 8

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>