Berita Auto

Jaguar Hasilkan Pakej Touring Untuk XE SV Project 8

Masih ingat pada Jaguar XE SV Project 8 yang diperkenalkan dua tahun lalu? Dengan 600 PS dan spoiler gentian karbon gergasi, ia merupakan jentera paling hardcore yang pernah dihasilkan oleh jenama itu.

BHP Banner Porsche Spyder

Dalam perkembangan terbaru, pemilik model itu yang mahukan penampilan lebih ‘sederhana’ kini boleh mendapatkan pakej spesifikasi Touring yang dibangunkan oleh divisyen Special Vehicle Operations (SVO).

Menerusi pakej tersebut, spoiler boleh laras asal itu akan digantikan dengan spoiler tetap yang lebih kecil, manakala bahagian hadapan kini dilengkapi dengan splitter bagi mengekalkan keseimbangan aerodinamik. Bahagian-bahagian lain kekal sama seperti versi asal.

jaguar-xe-sv-project-8-touring (2)

Ini bermakna XE SV Project dengan spesifikasi Touring masih menampilkan enjin supercharge 5.0-liter V8 yang menghamburkan 600 PS yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

Dari segi prestasi, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.7 saat, 0.4 saat lebih perlahan berbanding versi asal. Kelajuan maksimum menurun dari 322 km/j kepada 300 km/j, tetapi berdasarkan standard kereta berprestasi masa kini, ia masih jentera yang pantas.

jaguar-xe-sv-project-8-touring (1)

Walaupun terdapat 300 unit XE SV Project 8, hanya 15 unit pakej Touring ini akan ditawarkan. Setiap satu dihasilkan dengan tangan di pusat teknikal Jaguar di Warwickshire.

Previous post

BMW M8 - Jentera Mewah Dengan 600 HP!

Next post

Mazda Umum Spesifikasi Enjin Skyactiv-X

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *