Berita Auto

VOTY 2019//Sedan Eksekutif – Toyota Camry

Jika sebelum ini Toyota Camry lebih dikenali sebagai sedan pilihan bagi golongan berusia, kehadiran model baharu dengan kod nama XV70 ini dilihat mampu mengubah persepsi pembeli dengan rekaan yang lebih segar dan mewah. Bahagian dalamannya, walaupun kelihatan sibuk dengan butang sana sini, membuatkan anda terasa berada di dalam Lexus.

IMG_5627

Model baharu ini bukan sahaja lebih menyerlah dari segi reka bentuk, malah ia juga hadir dengan banyak kelengkapan canggih yang bakal membuatkan pemanduan lebih mudah seperti Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Alert dengan Steering Assist, Automatic High Beam dan sebagainya.

IMG_5479

Malah, pemanduan model ini juga lebih baik berbanding versi sebelumnya. Manakan tidaknya, ia dibangunkan dengan BMW 3 Series sebagai penanda aras. Selain mempamerkan pemanduan yang lancar di jalan yang lurus, ia juga boleh beraksi dengan baik di selekoh-selekoh tajam. Mungkin tidak sebaik kereta sport, namun ia lebih lincah berbanding kebanyakan pesaingnya.

Enjin: DOHC Dual VVT-i
Kapasiti: 2,494 cc
Kuasa: 184 hp @ 6,000 rpm
Tork: 235 Nm @ 4,200 rpm
Transmisi: Automatik 6 kelajuan Super ECT
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM189,900

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019//Kereta Sport - Jaguar F-Type

Next post

VOTY 2019 Crossover Kompak Perodua Aruz

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *