Cerita Auto

VOTY 2019//Kereta Sport – Jaguar F-Type

Ya, kereta sport Itali dan Jerman memang sedap dipandang, namun anda tidak boleh menafikan kecantikan yang dipamerkan oleh Jaguar F-Type. Ia mungkin tidak segarang pesaingnya yang lain, namun keseimbangan reka bentuk yang ada pada model British ini mempunyai tarikannya yang tersendiri, terutamanya bagi mereka yang tidak mahu terlalu menonjol.

Enjin Ingenium berkapasiti 2.0-liter empat silinder mungkin kedengaran kecil bagi model seperti F-Type, namun ia sebenarnya lebih masuk akal bagi pasaran negara ini terutamanya dari segi harga. Bukan itu sahaja, 300 PS dan 400 Nm yang dijana terbukti cukup untuk membuatkan kami tersenyum sepanjang masa kami berada di dalam jentera ini.

Bukan itu sahaja, untuk harga yang sedikit sahaja melepasi setengah juta Ringgit, anda mendapat pelbagai kelengkapan standard seperti lampu LED dengan rekaan terkini, rim 18 inci, kemasan ekzos baharu, tempat duduk ‘slim line’ dengan rangka aluminium aloi dan juga pemacu Solid State Drive (SSD) berkapasiti 60 GB. Pendek kata, ia serba lengkap untuk digunakan seharian.

Enjin: Turbo empat silinder
Kapasiti: 1,997 cc
Kuasa: 300 hp @ 5,500 rpm
Tork: 400 Nm @ 1,500-4,500 rpm
Transmisi: Quickshift 8 kelajuan
0-100 km/j: 5.7 saat
Kelajuan maksimum: 250 km/j
Harga: RM575,800

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019//Supercar - Mercedes-AMG GT C

Next post

VOTY 2019//Sedan Eksekutif - Toyota Camry

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *