Khidmat Masyarakat

BHPetrol Sebar Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Puspakom telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bagi memastikan jalan raya sentiasa selamat bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

BHP Banner

Kempen tersebut telah dilancarkan di sebuah stesen BHPetrol Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak.

BHP balik Hari Raya safety campaign__1690

Menerusi kempen ini, Unit Light Mobile Puspakom akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada pengunjung. Ia meliputi aspek seperti emisi ekzos, sistem gantungan, lampu, brek serta tahap ketelusan cermin.

BHP balik Hari Raya safety campaign__1752

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan mendapat beg saguhati berisi barangan seperti, snek, minuman serta baucar BHPetrol. Risalah yang mengandungi tips keselamatan daripada JPJ akan turut diberikan.

BHP balik Hari Raya safety campaign__1731

Tan Kim Thiam, Pengarah Urusan BHPetrol berkata, “Sekali lagi, kami memilih stesen servis BHPetrol Kuala Lumpur – Karak kerana ia terletak selepas plaza tol Gombak yang merupakan titik permulaan bagi mereka yang menuju ke Pantai Timur.”

BHP balik Hari Raya safety campaign__1729

“Kami berharap agar semua pelanggan kami akan mengamalkan pemanduan selamat semasa dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menikmati sambutan Hari Raya bersama keluarga dan sahabat tersayang.”

BHP balik Hari Raya safety campaign__1700

BHP balik Hari Raya safety campaign__1687

BHP balik Hari Raya safety campaign__1727

BHP balik Hari Raya safety campaign__1743

BHP balik Hari Raya safety campaign__1753

BHP balik Hari Raya safety campaign__1721

 

Previous post

Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Hari Raya Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin

Next post

Empat Pemenang Bertuah Bawa Pulang Toyota Sienta Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *