Gaya Hidup

Empat Pemenang Bertuah Bawa Pulang Toyota Sienta Baharu

UMW Toyota Motor telah menyerahkan hadiah utama berupa Toyota Sienta kepada empat pemenang peraduan All About The Drive Bonanza yang diadakan dari Oktober hingga Disember tahun lalu.

BHP Banner

Menerusi kempen All About The Drive Bonanza, pelanggan boleh mengambil bahagian dalam tiga peraduan berasingan dalam proses mereka menjadi pemilik kenderaan Toyota.

IMG_4235

Ia bermula sebaik sahaja pelanggan mengunjungi bilik pameran Toyota untuk memandu uji mana-mana model terbaru. Selepas selesai pandu uji, mereka akan menerima cenderahati serta layak untuk menyertai satu peraduan di mana mereka perlu menjawab soalan kuiz yang mudah untuk memenangi hadiah telefon pintar dan juga peranti mudah alih lain.

Selepas membuat tempahan, pelanggan layak untuk menyertai satu lagi peraduan yang menawarkan pakej percutian. Kemudian, jika pelanggan meneruskan tempahan untuk pembelian berkenaan, mereka berpeluang menyertai peraduan terakhir untuk merebut hadiah utama berupa empat buah Toyota Sienta.

???????????????????????????????

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengadakan majlis penyampaian hadiah di empat bilik pameran berasingan bagi meraikan para pemenang peraduan tersebut. Mereka adalah:

  • Chew Huat Boon dari Pulau Pinang (S&D Tama Sdn Bhd)
  • Loh Hau Ning dari Johor Bahru, Johor (Saksama Otomobile Sdn Bhd)
  • Wong Chee Sun dari Keningau, Sabah (Golden Tradeway Sdn Bhd)
  • Joseph Anak Kasi dari Bintulu, Sarawak (Boulevard Bintulu Sdn Bhd)

Mr. Joseph Anak Kasi (3rd From Left) from Bintulu, Sarawak

Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. “Kami sangat gembira dengan sambutan oleh pelanggan dari seluruh Malaysia. Peraduan All About The Drive Bonanza diadakan untuk menunjukkan penghargaan kami atas sokongan yang diberikan oleh pelanggan kami.”

 

Previous post

BHPetrol Sebar Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya

Next post

Penambahbaikan Proton Exora 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *