Berita Auto

Rangkaian Shell Rimula Light Duty Baharu Dilancarkan

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian baharu minyak pelincir enjin Shell Rimula untuk pikap dan trak ringan.

Rangkaian Shell Rimula Light Duty baharu terdiri daripada Shell Rimula Light Duty LD4 15W-40 (API CI-4) dan LD5 10W-40 (API CK-4) Synthetic Technology. Minyak pelincir ini dirumuskan khas untuk memastikan prestasi yang optimum untuk trak yang beroperasi dalam keadaan berhenti-mula dan melahu dengan kerap serta membawa pelbagai beban yang berat.

Shell Rimula Light Duty LD4 yang berasaskan minyak mineral dicipta untuk memenuhi keperluan trak ringan yang menjadi kenderaan pengangkut utama bagi hampir semua jenis perniagaan komersil. Shell Rimula Light Duty LD5 sintetik sepenuhnya sesuai untuk pikap dan trak 4×4 yang lain. Kedua-dua pelincir ini terdapat di bengkel-bengkel bebas yang terpilih, kedai alat ganti dan stesen minyak Shell.

BHP Banner ferrari langgar

Shell Rimula Light Duty LD4 dan LD5 disediakan dalam bekas 7.5-litre, sesuai untuk sekali pertukaran minyak tanpa memerlukan pelincir tambahan, sekaligus menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada pemilik trak.

Harga runcit yang disyorkan bagi Shell Rimula Light Duty LD4 ialah RM120.00 di Semenanjung Malaysia dan RM121.50 di Sabah dan Sarawak. Harga Shell Rimula Light Duty LD5 pula ialah RM195.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM196.50 (Sabah dan Sarawak).

Sementara itu, promosi Shell Rimula Ultimate Stopover Barcelona 2019 akan menyaksikan para tetamu dibawa ke kota di Sepanyol yang terkenal dengan seni, budaya, pasukan bola sepak dan makanan yang enak.

Promosi mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2019 ini terbuka kepada para pelanggan yang membeli produk minyak enjin diesel tugas berat dan tugas ringan Shell Rimula, dengan peluang memenangi percutian 5 hari 4 malam ke Barcelona.

Previous post

Mercedes-AMG Perkenal A35 Sedan

Next post

Jozef Kabaň Dilantik Sebagai Ketua Reka Bentuk Rolls-Royce

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *