Berita Auto

Jozef Kabaň Dilantik Sebagai Ketua Reka Bentuk Rolls-Royce

Rolls-Royce Motor Cars telah mengumumkan pelantikan Jozef Kabaň sebagai Ketua Reka Bentuk baru.

Kabaň yang berusia 46 tahun merupakan seorang pereka berbakat yang telah menghabiskan sebahagian besar kariernya di peringkat senior dalam bidang reka bentuk automotif. Beliau menyertai Rolls Royce daripada BMW Group di mana beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Studio Reka Bentuk sejak 2017.

Meminati reka bentuk kereta dan mempunyai obsesi terhadap perincian, Kabaň menamatkan pengajiannya di Bratislava dan London dengan sarjana dalam seni reka bentuk kereta dari Royal College of Art di London.

BHP Banner ferrari langgar

Pada usia 20 tahun, Kabaň menjadi salah seorang pereka termuda yang menyertai Volkswagen Group. Kerjaya beliau berkembang dengan cepat dan pada tahun 1998, beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai projek reka bentuk bahagian dalaman Bugatti Veyron.

Dalam usaha untuk mengembangkan kariernya, Kabaň menyertai Audi sebagai Ketua Bahagian Luaran dan diikuti dengan Skoda, di mana beliau diiktiraf kerana merevolusikan etos jenama itu. Sepanjang tempoh itu, beliau turut diberi tanggungjawab untuk memimpin projek-projek kecil termasuk model-model terhad dan istimewa, serta kereta pertunjukan.

Kabaň sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beliau akan berkhidmat di studio reka bentuk Rolls-Royce di Goodwood, West Sussex serta Munich.

Previous post

Rangkaian Shell Rimula Light Duty Baharu Dilancarkan

Next post

Hyundai Mungkin Bina Convertible Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *