Berita Auto

Promo Raya Mitsubishi – Rebat dan Hadiah Eksklusif untuk Direbut

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini sedang mengadakan promosi menarik bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Promosi ini sah dari sekarang sehingga 31 Mei 2019.

BHP Banner Honda HRV Eropah

Pertama sekali, semua varian Outlander dan ASX kini ditawarkan dengan rebat bernilai RM4,000. Outlander 2.0 dijual pada harga RM137,888 manakala Outlander 2.4 dijual pada harga RM152,888.

Bagi ASX pula, SUV kompak itu boleh didapati pada harga RM118,866 bagi varian 2WD dan RM133,336 bagi varian 4WD. Kedua-dua Outlander dan ASX didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Limited Editon ASX Adventure

Sementara itu, pelanggan yang menempah dan mendaftar Triton baharu turut akan menikmati rebat berjumlah RM4,000 bagi varian VGT MT (RM100,200) dan VGT MT Premium (RM112,500); RM2,000 bagi varian VGT AT (RM105,990) dan VGT AT Premium (RM118,600); dan RM6,000 bagi varian VGT Adventure X (RM135,200).

Dari 2 Mei hingga 15 Jun, pelanggan Mitsubishi yang menghantar kereta mereka ke mana-mana pusat servis Mitsubishi bertauliah akan mendapat hadiah-hadiah eksklusif.

Mereka yang berbelanja sebanyak RM300 hingga RM499 akan menerima satu rawatan minyak enjin percuma, manakala mereka yang berbelanja sebanyak RM500 ke atas akan mendapat bekas kuih raya eksklusif Mitsubishi dan diskaun 10% bagi kos buruh.

Mitsubishi Triton

Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM1,000 pula akan mendapat bekas kuih raya tersebut, diskaun 10% bagi kos buruh, eVoucher bernilai RM38 dan tambahan diskaun 5% untuk alat ganti.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mendapat eVoucher tambahan bernilai RM20 (sah untuk servis seterusnya) apabila mereka menghantar kenderaan mereka untuk servis dan mengesyorkan seorang rakan untuk memandu uji mana-mana model Mitsubishi semasa tempoh kempen.

 

Previous post

Geely's Preface Concept Menunjukkan Visi Untuk Masa Depan

Next post

Harga Rasmi Nissan X-Trail Facelift Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *