Promosi

Pakej Mampu-Milik Hari Raya Dan Peluang Memenangi Hadiah RM60,000 Dari Ford

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan jualan promosi sempena perayaan Hari Raya yang bakal tiba.

BHP Banner Ford Raya

Bermula dari 1 Mei sehinggga 30 Jun 2019, para pelanggan boleh memiliki Ford Ranger dengan bayaran ansuran serendah RM436 sebulan dengan penjimatan sehingga RM11,000. Selain dari itu, kadar pinjaman serendah sifar peratus juga turut ditawarkan*.

Sepanjang tempoh promosi selama dua bulan itu, 30 pelanggan berpeluang untuk memenangi barangan elektrik bernilai sehingga RM2,000 setiap satu – terdiri daripada TV pintar, peti sejuk, mesin basuh, tablet dan banyak lagi.

“Kami mahu memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik, bermula dari meringankan beban tanggungan pada Hari Raya ini. Promosi kami membenarkan bayaran ansuran bulanan yang rendah dengan kadar pinjaman serendah sifar peratus, disertakan dengan rebat tunai dan hadiah-hadiah menarik turut ditawarkan. Pastinya ia memberikan lebih banyak sebab untuk anda membeli sebuah Ford Ranger baharu di musim perayaan ini,” kata Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Diiktiraf sebagai ‘Built Ford Tough’ dengan perincian dalaman seumpama sebuah kereta, Ranger dilengkapi dengan rangkaian teknologi pintar yang kebanyakannya adalah yang pertama dan tunggal di dalam segmen tersebut. Gabungan semua ciri-ciri itu membolehkan Ranger untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup untuk setiap segmen di dalam pasaran.

Ranger juga didatangkan dengan pengalaman pemilikan yang hebat dan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana-mana dahulu.

Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah ini boleh didapati di dalam sembilan varian merangkumi Ranger Raptor yang direka khusus untuk kelajuan tinggi dan pemanduan lasak, Ranger Wildtrak dari siri premium, juga XLT Plus, XLT dan XL yang versatile. Semenjak April, Ranger Raptor telah menambah dua warna baharu – hitam Absolute Black dan putih Arctic White, tambahan kepada barisan warna sedia ada iaitu biru Lightning Blue dan Kelabu Conquer Grey.

Ranger terus mendapat pengiktirafan tertinggi di Malaysia sejak 2012, termasuk yang terbaharu anugerah Trak Pikap Terbaik dari Malaysia Car of the Year 2018 (COTY) dan juga dari DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards 2018 (VOTY), Anugerah Emas untuk Trak Pikap Terbaik untuk Carlist.my People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018, dan terpilih sebagai Pikap Trak Terbaik 2018 oleh TopGear Chinese Editor’s Choice.

Untuk info lebih lanjut tentang promosi Raya atau ingin membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford.

Nota: Bayaran ansuran bulanan sebanyak RM463 ialah untuk jumlah pinjaman RM50,000 bagi tempoh 9 tahun dengan faedah 0%, bagi model Ranger Wildtrak tahun 2018.

SDAC-Ford Raya Promotion 1

Previous post

Kawasaki Tambah Pegangan Saham Dalam Modenas

Next post

Proton Bertukar 2 Dokumen Perjanjian Di Beijing

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *