Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki Tambah Pegangan Saham Dalam Modenas

DRB-HICOM Berhad telah memeterai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) untuk menjual 14,300,00 unit saham biasa di dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).

BHP Banner BMW Motorrad

Dengan perjanjian ini, KHI yang telah pun memiliki 19% saham Modenas akan meningkatkan ekuiti mereka ke 30%. Jualan saham tersebut adalah atas dasar persetujuan bersama antara pembeli dan penjual pada nilai RM40.3 juta.

KHI juga akan membeli 52,000,000 saham keutamaan boleh tukar (convertible preference shares, “CPS”) yang akan dikeluarkan oleh Modenas. Apabila ditukar, pegangan ekuiti KHI di dalam syarikat motosikal nasional tersebut akan meningkat ke 48%. CPS tersebut hanya akan ditukar tertakluk kepada Modenas mencapai beberapa tanda aras yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar percaya struktur ekuiti baharu tersebut akan memberi manfaat kepada Modenas.

“Pegangan ekuiti yang lebih besar ini juga bererti KHI akan mengambil bahagian di dalam operasi Modenas, berbanding hanya sebagai pemegang saham. Saya yakin pengalaman dan kepakaran teknikal KHI akan membawa kepada suatu fasa produk yang lebih baik untuk pelanggan Modenas, terutamanya di dalam segmen street bike serta sports bike”, kata Syed Faisal.

mr1_yellow

KHI mula mengeluarkan motosikal Kawasaki pada tahun 1960, dan kini antara syarikat motosikal yang disegani di dunia. Produk mereka dihasilkan di beberapa kilang di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, Filipina, India, Thailand dan Indonesia, selain di Jepun.

Syed Faisal berkata perhubungan sedia-ada dengan KHI akan membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dengan lebih berkesan untuk membangunkan produk bagi pasaran tempatan. Beliau juga berpendapat populariti produk utama Kawasaki di Malaysia akan membantu Modenas.

Kerjasama antara Modenas dan KHI bermula dengan penubuhan syarikat motosikal nasional tersebut pada tahun 1995, dengan KHI memegang 19% ekuiti. Selain motosikal, Modenas turut menghasilkan beberapa komponen untuk KHI.

Kilang Modenas di Gurun, Kedah mempunyai keupayaan pengeluaran 130,000 unit setahun. Produk-produk awal Modenas adalah berasaskan model-model Kawasaki, dan antara yang paling popular adalah model Jaguh, sebuah cruiser 125cc yang diambil dari model Kawasaki Eliminator 125 serta Kriss 110, yang berasaskan Kawasaki Kazer 110.

Previous post

Beli Minyak Pelincir Petronas Sprinta, Dapat Yamaha Y15ZR

Next post

Pakej Mampu-Milik Hari Raya Dan Peluang Memenangi Hadiah RM60,000 Dari Ford

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *