Berita Auto

Lexus LM – Bila Alphard/Vellfire Tidak Cukup Mewah

Di negara ini, Toyota Alphard dan Vellfire sudah cukup mewah dan buktinya anda boleh lihat sendiri betapa popularnya kedua-dua model tersebut di kalangan golongan atasan.

BHP Banner hyper lotus

Namun, mereka yang berduit ini kini mempunyai pilihan yang lebih gah iaitu Lexus LM baharu. Diperkenalkan di Shanghai Motor Show 2019, MPV pertama dari Lexus ini disasarkan untuk pasaran China dan Asia yang terpilih.

2019-lexus-lm (3)

Bentuk badan LM jelas menunjukkan bahawa ia berasaskan Alphard/Vellfire sedia ada tetapi penambahan jeriji ‘spindle’, lampu nyalaan siang yang tajam serta kemasan krom di sekeliling badan membuatkan model ini kelihatan lebih mahal.

2019-lexus-lm (1)

Di dalam, LM menampilkan konfigurasi empat tempat duduk seperti yang terdapat pada varian Royal Lounge yang ditawarkan oleh Toyota. Dua kerusi pilot di belakang boleh dibaringkan sepenuhnya dan mempunyai busa urethane yang memberikan keselesaan seperti sofa.

2019-lexus-lm (6)

MPV ini juga dilengkapi dengan partition kaca untuk privasi, selain kelengkapan seperti skrin 26 inci, peti sejuk dan tempat menyimpan payung. Panel sentuh pada bahagian tengah membolehkan penumpang mengawal fungsi-fungsi seperti pendingin hawa, sistem audio, kerusi dan sebagainya.

2019-lexus-lm (5)

LM turut ditawarkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk bagi mereka yang menggunakannya sebagai kereta keluarga. Varian ini mempunyai kerusi bucket bagi barisan pertama dan kedua, dan kerusi ‘bench’ bagi barisan ketiga.

2019-lexus-lm (4)

Dua pilihan enjin ditawarkan iaitu enjin 3.5-liter V6 bagi varian LM 350 dan 2.5-liter hibrid bagi varian LM 300h. Bagi memastikan keselesaan, LM dilengkapi dengan penyerap hentak ‘swing-valve’ seperti yang terdapat pada sedan ES.

 

Previous post

DUA Sebab Kenapa Tidak Akan Ada Sekerap Kereta Di Malaysia

Next post

Pusat 3S Kia Kota Bharu Kini Dibuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *