Berita Auto

Pusat 3S Kia Kota Bharu Kini Dibuka

Dalam usaha untuk memperkukuhkan kehadirannya di Pantai Timur, Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di negara ini, telah melancarkan pembukaan sebuah pusat 3S baharu di Kota Bharu, Kelantan.

BHP Banner hyper lotus

Terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kia Kota Bharu yang berukuran 3,500 kaki persegi ini mempunyai bilik pameran yang boleh memuatkan sehingga lima buah kereta pada satu-satu masa. Pusat servisnya pula mempunyai dua pengangkat dengan kapasiti servis sehingga 100 buah kereta setiap bulan.

Pusat ini dioperasikan oleh Raza Motors Sdn Bhd yang telah melabur hampir RM1 juta. Ia turut mempunyai ruang rehat pelanggan, bilik mesyuarat, surau, bilik alat ganti dan tempat basuh kereta.

Photo 2 (1)

 

Syarikat itu juga mensasarkan untuk membuka kemudahan badan dan cat (Body & Paint) dalam masa tiga tahun bagi memudahkan urusan pemilik Kia di negeri itu.

“Selain outlet Kota Bharu ini, kami juga akan meneruskan usaha mengembangkan rangkaian kami di setiap pasaran utama, di mana tahun ini kami sedang membuat persiapan untuk membuka enam outlet baharu di Lembah Klang, Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak,” kata SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings.

Previous post

Lexus LM - Bila Alphard/Vellfire Tidak Cukup Mewah

Next post

Cawangan Utama Tayar Prestasi Premium Pertama Michelin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *