Cerita Auto

Honda Jazz Dulu Kalanya Adalah Sebuah SUV Di Jepun

Rakan Subash Nair, Bo dari Autophiles, gilakan kenderaan off-road sejak dia menambahkan sebuah Toyota FJ Cruiser ke dalam gudang keretanya.BHP Banner Frontera

Sambil mencari sebuah SUV buruk untuk dibuat permainannya, dia terjumpa sebuah Opel Frontera. Subash Nair dengan jelas ingat sangat kenderaan itu semasa dia membesar di Johor Bahru. Ianya, seperti SsangYong Musso, adalah kereta ‘poster pin-up’ sebenar Subash. Mereka lasak dan nampak istimewa.Jazz 2Saya tidak pernah terfikir banyak pasal Opel Frontera itu, sehingga, dia menyatakan sesuatu yang amat pelik:

“Opel Frontera suatu ketika dahulu dijual sebagai Honda Jazz!”.

Biar betul?

Jazz 3

Jazz, sejauh mana yang kita tahu, adalah hatchback Honda segmen B. Ia bukan SUV yang hidup segan, mati tak mau tahun 90-an. Apa yang sudah jadi?Jazz 4

Jadi dengan sedikit penyelidikan internet, ya memang betul, pada satu ketika dulu, Honda menjual sebuah kereta bernama Jazz. Dan Jazz itu berdasarkan Isuzu MU yang pertama, yang juga merupakan asas Opel Frontera. Itulah dia.Jazz 5

Rupa-rupanya, pada pertengahan tahun 90-an. Pada masa itu, Honda tidak mempunyai SUV yang tersedia untuk permintaan mendadak pasaran untuk kenderaan sedemikian.Jazz 6Jadi, komprominya adalah untuk melesen pakar-pakar semasa: Isuzu dan ya, Opel (dan Holden) un tuk mengambil Isuzu MU yang sama sebagai dasar Frontera mereka.Jazz 7

Berikut adalah jadual yang diambil dari laman web carfromjapan.com untuk Honda Jazz dan Isuzu MU.Jazz 8Nampak gayanya versi Honda SUV 3 pintu ini lebih ringan, lebih pendek (panjang tidak tinggi) dan juga, lebih murah juga. Aneh atau tidak?

Kedua-duanya menampilkan enjin 4 liter 4JG2 3-liter turbodiesel. Ini menampilkan suntikan mekanikal secara tidak langsung yang dikawal secara elektronik denganb 120PS kuasa dan 270Nm tork.

Opel Frontera pula, (sekurang-kurangnya di Malaysia) dilengkapi dengan enjin petrol inline-4 General Motors X22XE 2.2 liter. Ini mempunyai 4 injap setiap silinder, 136hp kuasa dan 202Nm tork.

Apakah nasib kereta-kereta ini sekarang?

Honda

Honda Jazz akhirnya memberi laluan kepada Honda Passport. Ini berdasarkan versi terkini Isuzu MU. Tetapi pada awal tahun 2000, SUV Honda sendiri sudah pun siap. Paspot Honda generasi ke-3 yang baru tidak sama sekali berkaitan dengan produk Isuzu. Pada 1995, Honda menyiapkan CR-V yang pertama mereka. Mereka berjaya membina sesuatu yang terbaik kerana ianya masih merupakan salah satu kenderaan yang paling popular di segmennya hingga kehari ini.

Opel/GM

Frontera Opel pula meneruskan gandingan dengan Isuzu untuk generasi yang lain. Perlu diingat bahawa Isuzu mempunyai hubungan kerja dengan GM yang berterusan hingga ke hari ini. Isuzu MU terus berjaya menjadi banyak jenama untuk GM selain Opel. Terdapat ‘Frontera’ Vauxhalls, Holdens dan juga Chevrolets. Hari ini, lencana Frontera telah bersara. Anda masih boleh dapatkan Frontera terpakai di Malaysia berharga diantara RM6K hingga RM15K dengan banyak ruang untuk tawar-menawar.

Isuzu

Isuzu sendiri telah membangunkan ‘MU’ mereka kepada ‘MU-7’ dan akhirnya ‘MU-X’, yang kedua-duanya berdasarkan pada casis dan teknologi enjin D-Max.

Dan itulah dia, sedikit Hari Ini Dalam Sejarah kereta! dari Subash Nair.  Jazz 9

Previous post

Adakah Mitsubishi PAJERO Akan Dibersarakan Buat Selama-lamanya?

Next post

Toyota Ucap Selamat Tinggal Kepada Mark X

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *