Cerita Auto

BMW 5 Series Kini Dalam Varian 530e M Sport dan 520i Luxury

BMW Malaysia telah memperkenalkan dua varian baharu bagi barisan 5 Series iaitu 530e M Sport dan 520i Luxury.

BHP Banner VOLANTE

Dijual pada harga RM338,800, 530e M Sport tampil lebih sporty berbanding 530e Sport yang diperkenalkan pada tahun lalu menerusi kelengkapan luaran seperti berikut:

  • BMW Individual High-Gloss Shadow Line
  • Jeriji ‘kidney’ Active Air Stream
  • Lencana ‘M’ pada panel sisi hadapan

1. The New BMW 530e M Sport

  • Lampu hadapan LED adaptif dengan ciri BMW Selective Beam
  • Lampu kabus LED
  • Rim aloi ringan 19 inci Double-Spoke 664 ‘M’ dengan tayar bercampur

2. The New BMW 530e M Sport

  • Penunjuk tayar pancit
  • Brek M Sport bersama angkup berwarna biru dengan logo ‘M’
  • Kemasan krom pada paip ekzos berbentuk trapezoid

Di dalam, 530e M Sport tampil dengan:

  • Stereng kulit ‘M’
  • Kemasan ambang pintu beriluminasi ‘M’
  • Pedal spesifik ‘M’

12. The New BMW 530e M Sport

  • Tempat duduk sport
  • Upholsteri kulit Dakota
  • Bumbung Anthracite BMW Individual

12. The New BMW 530e M Sport

  • Kemasan Aluminium Rhombicle dan Pearl Chrome
  • Pencahayaan ambien dengan 11 reka bentuk tetap dan enam warna berbeza

Berikut pula adalah senarai ciri-ciri bantuan pemandu yang ada pada varian ini:

  • Amaran Pengeluaran dan Penukaran Laluan (Lane Departure and Change Warning),
  • Amaran Perlanggaran Hadapan dengan Intervensi Brek
  • Pencegahan Perlanggaran Belakang

11. The New BMW 530e M Sport

  • Amaran Perentasan Trafik
  • Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan Fungsi Pembrekan
  • Bantuan Parkir (Parking Assistant)

Menggerakkan 530e adalah enjin TwinPower Turbo 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan motor elektrik eDrive dengan kuasa keseluruhan 252 hp dan 420 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 235 km/j.

7. The New BMW 530e M Sport (1)

530e M Sport boleh didapati dalam warna-warna berikut:

  • Black Sapphire dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam atau biru (Night Blue)
  • Sophisto Grey dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam atau biru (Night Blue)
  • Bluestone dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam
  • Alpine White dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam

22. The New BMW 520i Luxury

Bagi varian 520i Luxury pula, ia menampilkan gabungan enjin TwinPower Turbo 2.0-liter empat silinder dan transmisi automatik lapan kelajuan. Kuasa sebanyak 184 hp dan 290 Nm membolehkan sedan ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.8 saat, manakala kelajuan maksimum adalah 235 km/j.

Bagi bahagian luaran, varian ini didatangkan dengan:

  • Pakej Chrome Line
  • Jeriji ‘kidney’ bersalut krom
  • Unsur krom pada bampar hadapan
  • Lampu hadapan LED adaptif

21. The New BMW 520i Luxury

  • Lampu kabus LED
  • Rim 18 inci V-Spoke rekaan 684 dengan tayar ‘run flat’
  • Penunjuk tayar pancit
  • Kemasan krom pada paip ekzos

Kelengkapan pada bahagian kabin pula adalah seperti berikut:

  • Upholsteri kulit Dakota
  • Kemasan hitam berkilat
  • Stereng sport dengan balutan kulit

26. The New BMW 520i Luxury

  • Tempat duduk sport
  • Papan pemuka Sensatec
  • Kemasan aluminium pada ambang pintu
  • Pencahayaan ambien

29. The New BMW 520i Luxury

Ia juga didatangkan dengan ciri-ciri keselesaan seperti:

  • Comfort Access
  • Penyaman udara automatik dengan kawalan empat zon
  • Kawalan Luncur dengan fungsi pembrekan
  • Bantuan Parkir
  • Kamera pandang belakang

28. The New BMW 520i Luxury

520i boleh didapati dalam warna:

  • Black Sapphire
  • Glacier Silver
  • Imperial Blue
  • Alpine White

24. The New BMW 520i Luxury

Keempat-empat warna di atas dipadankan dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam dengan sulaman eksklusif.

Varian ini dijual pada harga RM328,800. Seperti pada varian 530e M Sport, pembeli akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia yang merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

 

 

 

 

 

 

Previous post

Honda Malaysia Panggil Semula 9,998 Unit Accord 2.0L 2003-2007

Next post

Volkswagen Selayang Tutop Kedai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *