Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 9,998 Unit Accord 2.0L 2003-2007

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi 9,998 unit Accord 2.0L model 2003-2007 untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian pemandu sebagai langkah pencegahan.

BHP Banner VOLANTE

Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat itu berkata bahawa panggilan semula kali kedua ini adalah perlu sebagai langkah berjaga-jaga dan menggesa pelanggan yang terjejas untuk menukar inflator beg udara bahagian pemandu dengan segera.

Penggantian inflator tersebut adalah percuma dan kos akan digantung oleh Honda Malaysia. Syarikat itu turut menjelaskan bahawa semua model jualan semasa tidak terjejas dan mereka akan terus mempertahankan ketelusan dan kawalan ketat
bagi memastikan keselamatan pelanggan.

Setakat hari ini, tiada kemalangan atau kecederaan yang melibatkan inflator beg udara Takata bahagian pemandu dalam Accord 2.0L 2003-2007 yang dilaporkan di Malaysia.

Pelanggan yang terjejas akan diberitahu menerusi surat pemberitahuan dari Honda Malaysia dengan perincian mengenai panggilan semula dan ketersediaan stok.

Setakat 21 April 2019, Honda Malaysia menukar lebih 234,720 unit inflator beg udara Takata bahagian pemandu dengan nisbah penyelesaian sebanyak 92%. Jumlah inflator beg udara Takata bahagian pemandu dan penumpang hadapan pula adalah lebih 527,480 atau 89%.

Previous post

Honda Civic Type R LEGO

Next post

BMW 5 Series Kini Dalam Varian 530e M Sport dan 520i Luxury

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *