Bisnes

Tempahan Proton X70 Kini Mencecah 20,000 Unit

Proton terus mencatat permulaan yang cemerlang bagi 2019 dengan pendaftaran jualan sebanyak 5,283 unit bagi bulan Februari. Ia mewakili anggaran pegangan pasaran sebanyak 12.7%, peningkatan sebanyak 3% berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Sementara itu, X70 mengekalkan posisi sebagai SUV paling laris di Malaysia dengan pendaftaran mencecah 2,823 unit termasuklah 1,000 unit yang telah diserahkan secara serentak kepada pelanggan di seluruh negara sebelum Tahun Baru Cina yang lalu.

Sehingga akhir bulan Februari, Proton telah menerima lebih 20,000 tempahan untuk SUV pertama mereka. Ia merupakan sesuatu yang diluar jangkaan syarikat itu. Penyerahan pula telah mencecah 6,927 unit sejak model itu dilancarkan pada 12 Disember 2018.

“Proton X70 sedang berusaha menarik minat dan sokongan padu dari pembeli-pembeli SUV di Malaysia. Kami sangat berterima kasih di atas jumlah tempahan yang diterima dan bekerja keras untuk mendapatkan seberapa banyak unit untuk didaftarkan dan diserahkan kepada pelanggan secepat mungkin,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

 

Previous post

Groupe PSA Dan Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd Anjur Acara Hari Pembekal Mereka Yang Pertama

Next post

Perodua Sumbang 3 Unit Bezza Kepada Polis Selangor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *