Berita Auto

Perodua Sumbang 3 Unit Bezza Kepada Polis Selangor

Perodua telah membuat sumbangan berupa tiga unit Bezza kepada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK Selangor) untuk digunakan sebagai kenderaan peronda.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Dilengkapi dengan peralatan polis termasuk radio dan lampu beacon, kenderaan peronda tersebut akan digunakan di IPK Selangor, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman (JPJKK Bukit Aman) serta Polis Daerah Hulu Selangor (IPD Hulu Selangor).

“Selama 26 tahun Perodua bertapak di Selangor, kami dapat beroperasi secara efektif tanpa rasa bimbang kerana usaha keras Polis Diraja Malaysia dan khususnya IPK Selangor dalam menjaga keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat.

Perodua Bezza IPK Selangor 02

“Kami berharap agar sumbangan kami dapat diterima oleh pihak IPK Selangor sebagai tanda terima kasih kami di atas keteguhan, keadilan, dedikasi dan keberanian mereka. Setinggi penghargaan buat mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Upacara penyerahan telah diadakan di IPK Selangor, Shah Alam pada hari Selasa yang lalu, di mana Dato’ Zainal telah menyampaikan kunci kepada Ketua Polis Selangor Comm Dato’ Noor Azam Jamaludin.

Turut hadir adalah Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor, SAC Dato’ Kumaran Karuppannan; Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan Bukit Aman, SAC Tuan Sukardi Tulus; serta Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato Dr Zahari Husin.

Previous post

Tempahan Proton X70 Kini Mencecah 20,000 Unit

Next post

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI Connected

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *