Gaya Hidup

Groupe PSA Dan Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd Anjur Acara Hari Pembekal Mereka Yang Pertama

Groupe PSA dan Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd (NAM) menganjurkan acara Hari Pembekal pertama mereka di Loji Gurun, Kedah Darul Aman, 20 Februari 2019 yang lalu.

Seramai 140 perwakilan pembekal industri, pakar industri global berserta pihak berkuasa kerajaan menghadiri majlis itu.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Dalam rangka mempercepatkan pembangunan Groupe PSA di Wilayah, Laurence NOEL, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Lembaga NAM, Naib Presiden Kanan ASEAN, mengambil peluang untuk mempersembahkan strategi Groupe PSA Southeast Asia Push to Pass dari segi produk, operasi , integrasi tempatan dan peranan NAM dalam cita-cita untuk menjadi pemain utama dalam industri automotif Malaysia.

Yann MARTIN, Naib Presiden Kanan, Ketua Kenderaan dan Perolehan Powertrain untuk Groupe PSA, telah berkongsi fakta mengenai kuasa pembelian Groupe PSA, jangkaan dari segi lokalisasi, peluang perniagaan baru serta potensi keuntungan jika bersama dengan rangkaian pembekal seluruh dunia Groupe PSA

NAM berhasrat untuk melancarkan model pertamanya pada April 2019, yang dirancang dalam pelan tangkasnya untuk menampung pasaran eksport Malaysia dan Asia Tenggara. Di rantau ini dua model baharu berdasarkan platform EMP2 dan CMP, yang dihasilkan di Loji Gurun dijangka dilancarkan setiap tahun pada masa akan datang.

Pertama kali Groupe PSA dan NAM Hari Pembekal

Previous post

Ranger Tawan 20.5 Peratus Pasaran Segmen Pikap

Next post

Tempahan Proton X70 Kini Mencecah 20,000 Unit

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>