Berita Auto

Audi RS5 Sportback Terima Sentuhan Ajaib ABT

ABT Sportsline kembali lagi dan kali ini syarikat talaan terkenal itu mendedahkan hasil tangan terbaru mereka yang berasaskan Audi RS5 Sportback.

BHP Banner 787329

Dikenali sebagai RS5-R, jentera ini tampil lebih agresif dengan modifikasi luaran yang melibatkan komponen-komponen gentian karbon seperti lip spoiler dan sepasang canard pada bampar hadapan, serta spoiler dan diffuser di bahagian belakang.

audi-rs5-sportback-by-abt (4)

Ia juga didatangkan dengan rim custom bersaiz 21 inci serta empat muncung ekzos dengan kemasan gentian karbon yang hadir sebagai peringatan jentera ini bukan biasa-biasa.

audi-rs5-sportback-by-abt (2)

Di bawah hud, enjin 2.9-liter twin-turbo V6 yang terdapat pada model ini tidak lagi menghasilkan 444 hp dan 600 Nm, tetapi ia kini menghamburkan 503 hp dan 690 Nm. ABT tidak mendedahkan prestasi jentera talaannya ini, namun ia sudah tentu lebih pantas berbanding RS5 standard yang boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.9 saat dan mencapai kelajuan 280 km/j.

audi-rs5-sportback-by-abt (3)

Selain itu, RS5-R turut dilengkapi dengan sistem suspensi boleh laras serta stabilizer pada gandar hadapan dan belakang. Bahagian dalaman turut diberikan sentuhan segar menerusi tombol gear gentian karbon, lencana ABT pada ambang pintu serta lencana nombor siri.

audi-rs5-sportback-by-abt (1)

 

Previous post

Geely Jia Ji Dilancarkan di China

Next post

Ford Sambut Hari St. Patrick Dengan Mustang 'Grabber Lime'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *