Berita Auto

Ford Sambut Hari St. Patrick Dengan Mustang ‘Grabber Lime’

Anda mungkin sudah tahu bahawa warna hijau merupakan sebahagian daripada tradisi Hari St. Patrick yang disambut pada 17 Mac setiap tahun. Bagi meraikan perayaan itu, Ford telah memperkenalkan warna baharu Grabber Lime untuk Mustang model tahun 2020.

BHP Banner 787329

Menurut pengurus warna dan material Ford, Barb Whalen, warna ini juga merupakan satu warisan Mustang dan kini ia dipersembahkan dalam tona yang lebih moden dan berani.

ford-mustang-grabber-lime

Selain Grabber Lime, Mustang (termasuk model Shelby GT350 dan Shelby GT500) juga boleh didapati dalam tiga warna baharu yang lain iaitu Twister Orange, Iconic Silver dan Red Hot Metallic.

ford-mustang-grabber-lime (1)

Ford bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pelanggan perlu membuat bayaran tambahan untuk mendapatkan warna-warna tersebut. Mustang disahkan akan memasuki pasaran bermula akhir tahun ini.

Previous post

Audi RS5 Sportback Terima Sentuhan Ajaib ABT

Next post

Perodua Nafi Kos Penyelenggaraan Bezza Lebih Mahal Berbanding Proton Persona

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *