Berita Auto

Geely Jia Ji Dilancarkan di China

Geely Auto telah melancarkan MPV pertamanya iaitu Jia Ji di China. Direka untuk generasi muda, model ini akan ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu petrol, mild hybrid dan plug-in hybrid.

BHP Banner 787329

Varian tertinggi dalam barisan Jia Ji adalah plug-in hybrid yang menampilkan enjin petrol 1.5-liter turbo yang menghasilkan 255 hp dan 385 Nm, serta transmisi dwi klac automatik tujuh kelajuan. Model ini boleh dicas dalam masa 90 minit bagi memberikan jarak pemanduan elektrik sejauh 56 km. Tahap penggunaan bahan api varian ini adalah 1.6 liter bagi setiap 100 km.

Geely Jia Ji 03

Varian mild hybrid pula dikuasakan oleh enjin 1.5-liter turbo yang dipadankan dengan sistem mild-hybrid BSG 48 volt. Dengan 188 hp dan 300 Nm, ia menawarkan tahap penggunaan bahan api 5.9 liter bagi setiap 100 km bagi pemanduan di bandar dan lebuhraya.

Geely Jia Ji 06

Selain itu, Jia Ji boleh didapati dengan enjin 1.5-liter turbo dengan 174 hp dan 255 Nm, dan enjin 1.8-liter turbo yang menjana 181 hp dan 300 Nm. Transmisi yang ditawarkan adalah manual enam kelajuan bagi varian 1.5 dan automatik enam kelajuan bagi varian 1.8.

Geely Jia Ji 07

Jia Ji menawarkan tahap keselesaan yang tinggi dengan tiga pilihan susunan tempat duduk iaitu 2+2+2, 2+2+3, atau 2+3+2. Tambahan pula, tempat duduk barisan pertama dan kedua bagi konfigurasi 2+2+2 dan 2+2+3 boleh direbahkan sehingga 165 darjah.

Geely Jia Ji 04

Geely turut mengambil pertimbangan khusus untuk keperluan kanak-kanak apabila dalam perjalanan. Apabila mereka sedang tidur, pemandu boleh mengaktifkan mod “kanak-kanak” pada sistem GKUI dan ia secara automatik akan menyesuaikan suhu pendingin hawa, memperlahkan bunyi radio dan sebagainya.

Geely Jia Ji 01

Selain itu, MPV ini turut dilengkapi sistem pengurangan bunyi aktif dan sistem pembersih udara AQS.

Geely Jia Ji 05

Dari segi keselamatan, Jia Ji menawarkan sistem pemanduan pintar L2 dengan sistem bantuan pemandu seperti Intelligent Cruise Control (ICC), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keeping Assist (LKA). Dengan hanya menekan satu butang, model ini juga boleh memarkir secara automatik.

Geely Jia Ji 02

Turut disertakan adalah Electronic Stability Program (ESP), Rear Collision Warning (RCW), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Automatic Emergency Braking (AEB) dengan pengenalan pejalan kaki, Front Collision Warning (FCW), Lane Change Assist (LCA), Blind Spot Detection (BSD), Speed Limit Identification (SLIF), dan Intelligent High-Beam Control (IHBC).

Previous post

10 Fakta Ringkas Mengenai McLaren Senna GTR

Next post

Audi RS5 Sportback Terima Sentuhan Ajaib ABT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *