Berita Auto

McLaren Tidak Mahu SUV!

Kami diberitahu perancangan McLaren ialah untuk melancarkan 18 kenderaan baharu antara sekarang dan 2025 tapi satu SUV pun tidak ada walaupun tekanan dari hampir kesemua pesaingnya yang telah memasuki pasaran SUV yang lumayan.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Memandangkan pengeluaran semasa jenama adalah 4,500 unit setahun atau kira-kira 20 hingga 22 kereta setiap hari, keperluan untuk meningkatkan kapasiti amat jelas sekali.

Salah satu kenderaan baharu itu akan menjadi kenderaan pengganti kepada McLaren P1, yang merupakan kereta sukan hibrid plug-in dengan pengeluaran yang terhad dengan hanya 375 unit yang dibina antara 2013 dan 2015.McLaren-600LT_Spider 2

Buat masa sekarang hanya Ferrari sahaja yang menjadi pesaing tanpa SUV tetapi itu hanya sementara. Sedih dimaklumkan bahawa Ferrari mempunyai sebuah SUV dalam perjalanan dan itu dirancang akan tiba sebelum 2021.

Rolls Royce pula sedang menikmati permintaan yang tinggi untuk SUV Cullinannya walaupun profilnya kelihatan seperti kotak. Apparently, pembeli-pembeli ini adalah sekumpulan pembeli baru yang muda yang masuk ke bilik pameran mereka dengan terlalu banyak wang dalam akaun bank mereka.

Previous post

Kini Tular! Gambar Ikon Toyota AE86 Makan Kangkong!

Next post

Peugeot Hasilkan 508 Hibrid Berprestasi Tinggi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *